KUALA LUMPUR: Indikator nilai ambang kes baharu COVID-19 yang ditetapkan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) mungkin akan ditukar dengan nilai ambang yang lebih sesuai mengikut perkembangan dan situasi semasa negara.
Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pihaknya telah membentangkan cadangan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya nilai ambang kes baharu itu ditukar kepada nilai keseriusan kes mengikut kategori ataupun kes kematian.
"PPN ini dinamik, sekiranya kes telah menurun dan hanya kes bergejala ringan, jumlah kes baharu ini bukan lagi nilai ambang yang sesuai, kita akan lihat kapasiti kes di ICU (Unit Rawatan Rapi) dan kadar kematian.
"Perkara ini sedang dibincangkan dengan KKM (Kementerian Kesihatan) bagi menukar kepada nilai ambang lebih sesuai terutamanya di fasa ketiga apabila kita berjaya memberikan vaksin kepada 40 peratus penduduk dewasa negara," katanya dalam rancangan Agenda Awani di sini malam tadi.
BACA: Persekutuan pengilang gesa kerajaan kaji semula nilai ambang Pelan Pemulihan Negara
BACA: Ekonomi Malaysia dijangka pulih bermula 2022 - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul yang juga Menteri Kewangan berkata cadangan perubahan itu dibuat berdasarkan contoh di negara lain seperti di United Kingdom yang merekodkan penurunan secara mendadak kes COVID-19 bergejala dan kemasukan ke hospital selepas lebih 40 peratus penduduknya lengkap divaksinasi.
"Oleh itu, apabila 40 peratus rakyat kita mendapat vaksinasi penuh, kita akan minta Majlis Pemulihan Negara (MPN) pertimbangkan perkara ini.
"Bagaimanapun pertimbangannya adalah tertakluk kepada pakar-pakar yang berkaitan," katanya.
BACA: Majlis Pemulihan Negara disertai pelbagai pihak untuk jamin proses semak dan imbang
BACA: Wakil parti pembangkang dijemput sertai MPN - Tengku Zafrul
Terdahulu, Tengku Zafrul dalam kenyataannya semalam, berkata MPN bersetuju untuk menjemput parti pembangkang iaitu Pakatan Harapan, Warisan Sabah dan Pejuang Tanah Air serta wakil dari kerajaan negeri Sabah dan Sarawak sebagai ahli anggotanya.
Selain itu katanya MPN menjemput pakar-pakar daripada pelbagai latar belakang termasuk ahli perniagaan Tony Fernandes, penasihat Star Media Group Wong Chun Wai dan pakar penyakit berjangkit Dr Adeeba Kamarulzaman.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata penyertaan ahli daripada pelbagai latar belakang tersebut akan membantu MPN membuat keputusan paling tepat dan akan memberi impak positif dari segi perbincangan serta idea.
Katanya ia juga akan bagi menjamin ketelusan serta memastikan proses semak dan imbang dapat dilakukan sepanjang masa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 23 2021
TENGKU ZAFRUL: PPN ini dinamik, sekiranya kes telah menurun dan hanya kes bergejala ringan, jumlah kes baharu ini bukan lagi nilai ambang yang sesuai. - Gambar fail
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
SSM cadang semak semula kriteria pengecualian audit bagi syarikat persendirian di Malaysia
SSM berkata, cadangan semakan semula itu akan dijalankan melalui kaedah konsultatif.
Kaji semula, tangguh kelonggaran SOP - Gabungan Kesihatan Malaysia
Gabungan 50 pertubuhan kesihatan itu memberi amaran bahawa langkah melonggarkan sekatan terlalu awal dan berbahaya.
PPN: Kadar kemasukan hospital kini antara tiga penunjuk bagi Fasa Dua ke fasa seterusnya - Tengku Zafrul
Kadar kemasukan ke hospital, sebagai salah satu daripada tiga nilai ambang untuk negeri dan wilayah memasuki Fasa Ketiga dan Keempat.
Perlis bakal beralih ke Fasa Tiga PPN - Menteri Besar
Peralihan itu bakal membolehkan lebih banyak sektor dibuka di negeri berkenaan dalam waktu yang terdekat ini.
Indikator nilai ambang kes baharu dalam PPN akan ditukar - Tengku Zafrul
Pihaknya telah membentangkan cadangan supaya nilai ambang kes baharu itu ditukar kepada nilai keseriusan kes mengikut kategori atau kes kematian.
Perak masuk PPN Fasa 3 jika vaksinasi cecah 40 peratus - MB
Perak boleh mencapai sasaran itu jika bekalan vaksin sampai dengan jumlah yang mencukupi.
MEF minta PPN dipercepat ke Fasa 3 dan 4 bagi kelangsungan sektor bukan perlu
Kawalan pergerakan berterusan yang telah "kekal berkuat kuasa sejak Mac 2020 terus menjejaskan perniagaan dan pekerjaan."
PPN: Perlis bakal beralih ke Fasa Tiga tidak lama lagi - MB
Perlis masih perlukan sekitar 3.9 peratus kadar vaksinasi penduduk dewasa bagi membolehkan ia beralih ke Fasa Tiga PPN.
Selangor dan KL kekal dalam Fasa 1 PPN - Ismail Sabri
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan nilai ambang tiga indikator utama di Selangor dan Kuala Lumpur perlu dicapai sebelum beralih ke Fasa 2.
Kedah belum mampu beralih ke Fasa 2 PPN, penggunaan katil ICU masih tinggi - Exco
Kedah belum mampu beralih ke Fasa Dua PPN, penggunaan katil ICU masih tinggi- Dr Hayati