Polis menahan 48 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menerusi satu kenyataan pada Sabtu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah tersebut, 40 individu direman dan lapan lagi dikenakan kompaun.
“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti refleksologi atau urut dan aktiviti yang menyukarkan penjarakan sosial.
“Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 67,004 pemeriksaan semalam (19 Jun) bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata sebanyak 3,744 Pasukan Pematuhan telah membuat pemantauan dan melibatkan seramai 16,675 anggota.
Sementara itu, katanya PDRM telah membuat 69 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 34,275 kenderaan bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus.
“PDRM telah berjaya menahan 10 warganegara asing di Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng atas kesalahan imigresen.
“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah membuat pemeriksaan di 73 tapak binaan di seluruh Malaysia yang melibatkan 138 penguatkuasa.
Daripada 73 tapak binaan di seluruh negara yang diperiksa, CIDB mendapati 56 tapak binaan telah patuh SOP yang ditetapkan, dua tidak patuh dan diberi amaran manakala 15 lagi tidak beroperasi.
"Jumlah kumulatif tapak binaan yang mematuhi SOP sehingga semalam adalah 2,173 tapak binaan dan 419 tapak binaan tidak patuh SOP dan diberi amaran.
"Penguatkuasa CIDB turut mengarahkan 19 tapak binaan untuk tutup kerana tidak mematuhi SOP," ujarnya lagi.
Isabelle Leong
Sat Jun 20 2020
ISMAIL SABRI: Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti refleksologi atau urut dan aktiviti yang menyukarkan penjarakan sosial. - Gambar fail
Kerajaan sedia terima kritikan, namun, tidak bertolak ansur sentimen 3R - PM Anwar
Kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bukan bermakna kebebasan untuk mencerca dan memaki hamun sesuka hati.
ADUN Sungai Bakap ditidurkan akibat keradangan perut
Muhammad Fauzi dimaklumkan oleh ahli keluarga Nor Zamri berhubung keadaan kesihatan beliau yang ketika ini ditidurkan.
NCEC setuju transformasi perundangan sisa pepejal diadakan - KPKT
Mesyuarat NCEC bersetuju mengadakan transformasi perundangan bagi sisa pepejal.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Kenaikan gaji: Tingkat produktiviti, kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat - KPPA
Semua anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat seiring pengumuman kenaikan gaji.
Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.
Turkiye sertai Afrika Selatan tuduh Israel di ICJ
Turkiye akan menyerahkan pengisytiharan campur tangan rasmi kepada ICJ dengan objektif membantu mempercepatkan tindakan ke atas Israel.
Tajuddin dikompaun tak pakai pelitup muka di Parlimen
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka di bangunan Parlimen, di sini pada Isnin.
Pesta hari jadi, 13 lelaki dikompaun
Kedegilan 13 lelaki berkumpul dan meraikan majlis sambutan hari jadi membawa padah apabila masing-masing dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Lelaki dikompaun RM2,000 kerana ziarah kubur
Seorang lelaki dikenakan kompaun RM2,000 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan menziarahi kubur sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Selasa.
Lelaki hina polis dalam video tular ditahan
Lelaki berusia 29 tahun itu merakam video secara langsung sambil membuat provokasi kepada pegawai yang mengeluarkan kompaun kepadanya kerana tidak memakai pelitup muka.
7 selebriti dikompaun langgar SOP PKPB ketika majlis berbuka puasa
Seramai tujuh selebriti dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 April lalu.
852 dikompaun, 33 direman ingkar PKP - Ismail Sabri
Seramai 885 individu ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.
Sambut hari lahir ketika 'total lockdown', 5 lelaki dikompaun RM20,000
Polis turut menahan empat wanita warga asing kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri dalam serbuan itu.
Kilang kayu isytihar perniagaan 'hardware' dikompaun RM10,000
Semakan mendapati kilang berkenaan beroperasi dengan kebenaran MITI, namun, memalsukan jenis operasi perniagaan.
Pasangan kekasih rentas daerah untuk 'dating' dikompaun RM10,000
Pasangan berusia 22 dan 24 tahun itu melakukan kesalahan merentas daerah dari Kuala Muda ke Yan tanpa kebenaran polis.
Sewa apartmen untuk beraya, 30 dikompaun RM45,000
Seramai 30 individu termasuk remaja 16 tahun antara yang ditahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.