Malaysia berpegang teguh pada pendiriannya bahawa isu-isu Laut China Selatan harus diuruskan secara aman dan rasional menerusi dialog dan rundingan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kementerian Pertahanan, dalam kenyataan hari ini, menyatakan Ismail Sabri menegaskan perkara itu dalam perbualan telefon dengan sejawatannya dari Jepun, Kono Taro hari ini.
Menurut kenyataan itu, Ismail Sabri menekankan kepentingan semua pihak bekerja bersama untuk menjamin keamanan, keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan.
"Kedua-dua menteri juga menyentuh tentang landskap keselamatan global yang dinamik melibatkan kepentingan bersama, termasuk Laut China Selatan," demikian menurut kenyataan itu.
Kedua-dua menteri juga berbincang serta saling memaklumkan perkembangan terkini tentang langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang diambil kedua-dua negara, khususnya membabitkan Angkatan Tentera Malaysia dan Pasukan Pertahanan Diri Jepun, dalam membendung penularan wabak COVID-19.
"Walaupun menghadapi cabaran penularan pandemik COVID-19, kedua-dua menteri pertahanan menzahirkan komitmen untuk mengukuhkan lagi hubungan pertahanan bilateral berasaskan kepentingan bersama kedua-dua negara," demikian menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Ismail Sabri hari ini turut menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke Malaysia Datuk Paduka Alaihuddin Mohd Taha.
"Antara perkara yang dibincangkan ialah mengukuhkan hubungan pertahanan di antara Malaysia dan Brunei, khususnya dalam kerjasama keselamatan sempadan serta pembendungan COVID-19," demikian menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 20 2020
Ismail Sabri menekankan kepentingan semua pihak bekerja bersama untuk menjamin keamanan, keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan. Gambar fail
Kes simbah asid: Tindakan melampau, tidak beradab jangan dibiarkan berulang
Tindakan melampau dan tidak beradab pihak yang terlibat menyimbah asid ke pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim sepatutnya jangan dibiarkan berulang lagi.
Keadaan Faisal kritikal, tangan kiri sukar bergerak
KEADAAN pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan berada dalam keadaan kritikal susulan kesan asid yang disimbah kepadanya dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya.
Perlawanan Piala Sumbangsih kekal berlangsung
Perlawanan Sumbangsih musim 2024/2025 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor akan kekal berlangsung Jumaat ini.
Isu tanah kubur Selat Klang: Waris, ahli keluarga mohon tangguh lagi
Waris dan ahli keluarga mendakwa tiada kata sepakat dicapai pada perjumpaan tertutup bagi membincangkan isu pengalihan tanah kubur di Selat Klang pada Ahad lalu.
[TERKINI] Seorang lagi suspek kes simbah asid Faisal Halim ditahan
Seorang lagi individu ditahan dipercayai mempunyai kaitan melibatkan kes simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Ahad lalu.
Pantau Belanjawan: Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS)
NASA berjaya hantar isyarat komunikasi laser sejauh 226 juta km
Kali ini data daripada kapal angkasa Psyche yang membawa DSOC bajua
Hail Amir penyanyi yang tidak melupakan komposernya
Allahyarham Datuk Hail Amir atau Abdul Hail Amir disifatkan sebagai penyanyi malas segar yang tidak pernah lupa menyebut nama komposer yang pernah menulis lagu untuknya di pentas.
PRK KKB: Calon PN yakin peratusan keluar undi awal tinggi
Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi awal akan tinggi melibatkan pegawai dan anggota keselamatan.
Jenazah Hail Amir selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham penyanyi dan pelakon popular era 1970-an, Datuk Hail Amir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana pada jam 11 pagi selasa.
Majlis pengebumian itu berjalan lancar yang dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga saudara terdekat serta kenalan kepada Allahyarham.
Majlis pengebumian itu berjalan lancar yang dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga saudara terdekat serta kenalan kepada Allahyarham.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.
Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH
Sebanyak 35 peratus daripada 41,000 veteran ATM yang tidak berpencen, tidak menerima Bantuan Sara Hidup kerana gagal mengemas kini data peribadi.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Peletakan jawatan pengurusan kanan LTAT tak jejas operasi - Menteri Pertahanan
Pada masa ini Lembaga LTAT sedang memuktamadkan calon-calon yang berkaliber bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif.
Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM
Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula yang difailkan oleh 50 pesara ATM berhubung penyelarasan pencen mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
ATM redah banjir usung jenazah warga emas
Pasukan itu meredah air hingga paras pinggang sejauh hampir 100 meter sebelum jenazah dinaikkan ke dalam trak.
60 anggota ATM bantu pascabanjir di Kota Tinggi
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menempatkan 60 anggotanya bagi membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula semalam.
131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu - Adly
Sebanyak 131 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkesan dengan banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.