Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata fenomena perubahan iklim dan pemanasan global tidak lagi boleh dipandang remeh.
Katanya taburan hujan telah berubah dan Malaysia menempuh musim kemarau terlampau hingga mengalami krisis air di beberapa negeri pada awal dan pertengahan 2014 dan pada penghujung tahun pula, hujan lebat berterusan telah membawa kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa akibat banjir.
"Sebagai contoh, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan merekodkan taburan hujan tinggi iaitu 1,295 milimeter bagi tempoh 21 hingga 23 Dis 2014 yang bersamaan dengan taburan hujan bagi 64 hari," katanya ketika berucap mempengerusikan mesyuarat Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim (MTHPI) di sini hari ini.
Najib juga berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengesahkan bencana banjir terburuk dan tanah runtuh yang berlaku itu ada kaitannya dengan kegiatan pembukaan tanah untuk pertanian dan pembangunan serta penerokaan tanah haram.
Laporan Penilaian Kelima Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) yang diterbitkan tahun lepas oleh Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) dan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNEP) telah memberi amaran bahawa langkah-langkah mitigasi yang diambil masih belum mencukupi untuk mengehadkan tahap peningkatan suhu pada dua darjah Celcius, katanya.
"Ini akan mengakibatkan bencana alam yang sangat serius pada masa depan," katanya.
Najib berkata memandangkan MTHPI yang diwujudkan pada 2010 berperanan merangka agenda pembangunan teknologi hijau dan menangani perubahan iklim maka adalah wajar mesyuarat MTHPI diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Menyentuh mengenai teknologi hijau, Perdana Menteri berkata jumlah pekerjaan hijau yang wujud di Malaysia telah meningkat sebanyak 38 peratus iaitu daripada 61,280 pada 2013 kepada 84,565 pada tahun lepas.
Beliau berkata teknologi hijau di Malaysia dapat menjadi pemangkin ke arah pembangunan ekonomi hijau yang mampan bukan sahaja dari aspek keseimbangan alam sekitar tetapi juga aspek sosial.
Beliau berkata Kajian Pelan Induk Teknologi Hijau menggariskan lima sektor utama ekonomi iaitu tenaga, pengangkutan, bangunan, sisa dan air.
Najib berkata dijangka perniagaan hijau berdasarkan landasan "berurus niaga seperti biasa' bagi lima sektor utama ekonomi tersebut akan menyumbang sebanyak RM12.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2020 dan RM27.9 bilion pada tahun 2030.
"Sekiranya komitmen jitu diberikan melangkaui "business as usual' (urus niaga seperti biasa) dalam meningkatkan perniagaan hijau adalah dijangka perniagaan hijau akan menyumbang sebanyak RM22.4 bilion kepada KDNK pada tahun 2020 dan RM60 bilion pada tahun 2030," katanya.
Perniagaan hijau berdasarkan landasan itu juga dijangka dapat meningkatkan peluang pekerjaan hijau kepada 144,590 pada tahun 2020 dan 211,500 pada tahun 2030, katanya.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam sidang media selepas mesyuarat itu berkata sebanyak lima kertas pertimbangan dibentangkan dalam mesyuarat hari ini iaitu Pelan Induk Teknologi Hijau Negara daripada kementeriannya dan 'A Roadmap of Carbon Intensity Reduction in Malaysia' (Pelan Pengurangan Tahap Karbon di Malaysia) daripada Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli.
Tiga lagi kertas pertimbangan yang dibentangkan ialah 'National Waste Grid' (Grid Sisa Nasional) daripada Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), Cadangan Mewujudkan Industri Green-Blue Packaging daripada SIRIM Bhd dan Pelan Tindakan Mobiliti Elektrik Negara daripada Malaysia Green Technology Corporation.
Bernama
Wed Feb 25 2015
NAJIB: Jangan pandang remeh perubahan iklim dan pemanasan global - Gambar fail
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Fenomena El Nino dijangka lebih ekstrem susulan pemanasan global - Nik Nazmi
Lazimnya El Nino yang berintensiti kuat akan memberi impak terhadap corak cuaca terutamanya ketika fasa akhir Monsun Timur Laut dan musim selepasnya.
Aktivis berbaju penguin protes penggunaan jet peribadi di pulau percutian
Seramai 15 orang terlibat dalam bantahan itu, dengan sebahagian daripada mereka masuk ke premis lapangan terbang.
Perubahan iklim cetus penurunan ketara dalam bilangan serangga
Penurunan biodiversiti serangga meletakkan fungsi ekologi penting ini dalam risiko, mengancam mata pencarian manusia dan keselamatan makanan.
Hari Bumi: Anak muda perlu libatkan diri dalam pemulihan alam sekitar - Tengku Hassanal
Tindakan segera dan perancangan jangka panjang perlu diwujudkan bagi mengatasi kehilangan sumber kepelbagaian biodiversiti, perubahan iklim dan ketandusan tanah.
11 saranan penambahbaikan dalam pengurusan risiko banjir
Selain respons dan bantuan semasa bencana, tumpuan perlu diberikan kepada perancangan pembangunan yang lebih kukuh dan tindak balas kepada iklim.
COP26 labuh tirai dengan perjanjian iklim baharu
Presiden COP26 Alok Sharma menahan sebak dan meminta maaf ketika menyampaikan ucapan penutup.
Panas! Gelombang haba pembunuh di Barat Laut Pasifik akan berulang lagi
Kanada sahaja tiga kali memecahkan catatan rekod suhu, degan kemuncaknya pada 29 Jun dengan 49.6 Celsius.
IFRC, ICRC gesa semua organisasi kemanusiaan tandatangan Piagam Iklim dan Alam Sekitar
Menurut Setiausaha Agung IFRC, Jagan Chapagain piagam tersebut telah diterima pakai oleh 25 organisasi sejak dilancarkan sebulan yang lalu.
Negara G7 tidak memusuhi China - Macron
Sebaliknya, ia lebih kepada usaha mempertahankan demokrasi dalam isu global sama ada isu iklim mahupun perdagangan global.
PBB komited hadkan kenaikan suhu global
Isu perubahan iklim ini adalah isu penentu masa depan dan ia akan beri impak kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa.