Teruja untuk mendapat wang mudah, seorang wanita warga emas kehilangan kesemua wang simpanannya berjumlah RM280,000 akibat ditipu tiga suspek yang baharu dikenalinya, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 73 mendakwa semua wang itu diserahkan kepada tiga suspek termasuk seorang wanita yang memberitahu boleh menggandakan jumlah wang tersebut.
Mangsa mendakwa penyerahan wang berlaku di tempat letak kereta sebuah pusat membeli belah di sini yang mana seorang suspek lelaki telah membawa beg berisi wang itu ke dalam kedai atas alasan mahu mengira jumlahnya.
"Mangsa menunggu di tempat letak kereta bersama seorang lagi suspek lelaki, sebelum suspek itu meninggalkan mangsa berseorangan tanpa memaklumkan sebarang perkembangan dan terus gagal dikesan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Wazir berkata mangsa mendakwa mempercayai ketiga-tiga suspek yang dikenalinya beberapa jam sebelum kejadian di sebuah pasar basah, kerana suspek wanita telah mengumpannya dengan pemberian wang saguhati kononnya daripada syarikat stesen minyak.
Mangsa mendakwa diberikan kad mata ganjaran dan dibawa ke stesen minyak di Beserah di sini, untuk mengambil wang tunai RM200 sebelum suspek menawarkan 'perkhidmatan' untuk menggandakan wang mangsa.
Suspek mendakwa wang yang akan diberikan adalah wang sebuah pertubuhan yang mahu mengelak daripada pembayaran cukai.
Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Pada kes berasingan, seorang pesara, 71, mendakwa kerugian RM5,200 selepas memindahkan wang itu ke dalam akaun yang kononnya diberikan oleh 'pegawai polis' bagi siasatan kes pengedaran dadah yang melibatkan namanya di Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah.
Mangsa mendakwa 'pegawai polis' itu menghubunginya pada petang semalam, bagi memaklumkan akaun banknya akan dibekukan selama 45 hari bagi tujuan siasatan kes menyebabkan dia perlu memindahkan wang ke dalam akaun baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 18 2019
Suspek mendakwa wang yang akan diberikan adalah wang sebuah pertubuhan yang mahu mengelak daripada pembayaran cukai. - Gambar hiasan
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Anggota polis maut dipercayai dipukul
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa yang ditemukan sekitar 3 pagi tadi itu berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Dilema 'Darkside': Masyarakat harus main peranan, bantu bendung maksiat siber
Sinergi yang baik daripada masyarakat untuk bersama membendung maksiat siber amat dituntut oleh JAKIM dan MCCA.
Polis kesan empat lelaki dikehendaki bersabit jenayah di Kota Bharu
Mereka ialah Mohd Fared Abdul Ghani, Mohd Izani Ibrahim, Mohd Haziman Hikamarhakimi dan Wan Sharilazry Wan Mohd Sukry.
Selangor rekod 588 kes jenayah kanak-kanak tahun lepas - Exco
Rekod berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan bahawa jenayah paling tinggi dicatatkan ialah merusuh, yang membabitkan 138 orang, dan curi seramai 112 orang.
KDN akan ambil tindakan tegas terhadap pihak cuba cetus jenayah di Julau
Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba melakukan kegiatan jenayah termasuk gengsterisme secara berleluasa di Julau, Sarawak.
Tiada kompromi kepada pegawai, anggota terlibat dalam kes salah laku, jenayah dan rasuah
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang didapati terlibat dalam sebarang kes salah laku, jenayah dan rasuah.
Wartawan portal rugi RM5,000 disamun dengan parang
"Mereka datang dari arah depan dengan memakai tapi keledar dan pelitup muka, sebelum berdiri di sebelah saya."
MCPF Selangor tawar RM20,000 kepada individu bantu tangkap pembunuh Zayn Rayyan
Ganjaran diberikan sebagai satu daripada usaha dalam memastikan suspek terlibat dalam kes itu dapat segera didakwa di mahkamah.