Orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan konsep 'Suku-Suku Separuh' dalam memilih aneka jenis makanan yang disajikan semasa Hari Raya Aidilfitri.
Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata pengambilan makanan yang tidak terkawal ditambah dengan kurangnya aktiviti fizikal semasa musim perayaan boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan risiko mendapat penyakit kronik.
Menurutnya tips utama yang perlu dipegang adalah dengan bersederhana dan makan mengikut keperluan kalori harian.
"Kita perlu memastikan suku pinggan diisi dengan nasi, roti atau sumber karbohidrat, suku pinggan dengan sumber protein seperti ikan, ayam, atau daging dan separuh pinggan lagi diisi dengan sayur dan buah-buahan.
"Air kosong juga merupakan pilihan terbaik berbanding minuman berkarbonat. Amalan ini bukan sahaja membantu mengawal berat badan malah dapat mengelakkan pembaziran makanan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, sempena sambutan ulang tahun ke-15 Hari Penderma Darah Sedunia hari ini, Dr Dzulkefly berharap semua masyarakat di Malaysia tidak mengira latarbelakang agama dan bangsa untuk tampil menderma darah secara berterusan.
Katanya buat masa ini, secara purata 2,000 beg darah diperlukan setiap hari untuk kegunaan 1,000 orang pesakit di hospital-hospital di seluruh negara.
"Darah dan komponen darah diperlukan untuk menampung peningkatan populasi dan perkembangan perubatan dalam menangani penyakit dan keadaan kecemasan," katanya dalam kenyataan berasingan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 14 2018
Tips utama yang perlu dipegang semasa menyambut Hari Raya adalah dengan bersederhana dan makan mengikut keperluan kalori harian. - Gambar hiasan
Pembangunan pelajar perlu dinilai secara holistik
Keseluruhan pembangunan murid perlu dilihat secara holistik termasuk mengambil kira pencapaian dalam akademik, kokurikulum serta potensi dalam bidang lain.
KBS akan tambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands
Kementerian Belia dan Sukan berhasrat untuk menambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands bagi memberi sokongan kepada atlet di kawasan itu sehingga ke peringkat akar umbi.
Bekerja sambil lewa mengkhianati amanah - Mufti P. Pinang
Jika seseorang pegawai atau pekerja tidak bersungguh-sungguh menunaikan pekerjaannya atau bekerja sekadar "melepaskan batuk di tangga" sahaja maka dia dikira mengkhianati amanah.
Faisal Halim semakin stabil
Faisal selesai jalani pembedahan kedua yang berlangsung selama tiga jam petang semalam.
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.