Isu kelewatan perolehan kapal Littoral Combat Ship (LCS) yang gagal diserahkan mengikut jadual berpunca daripada kontraktor dan pembekal peralatan.
Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, oleh itu tiada sebab untuk mana-mana pihak hendak menyalahkannya serta kerajaan terdahulu dalam isu berkenaan.
“Kalau iya pun hendak cari modal untuk hentam saya, tolong periksa fakta betul-betul dahulu.
“Hari ni timbul isu kelewatan perolehan Kapal Littoral Combat Ship (LCS) milik TLDM. Dan ada posting di media sosial yang cuba salahkan saya sekali lagi.
“Walhal, pada 29 Oktober baru-baru ni, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu sendiri mengakui, kelewatan perolehan LCS berpunca daripada beberapa sebab,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya.
Pada Khamis, Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek pembinaan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) yang gagal diserahkan mengikut jadual.
Presiden PVTLDM Senator Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid berkata projek bernilai RM9.128 bilion itu telah dianugerahkan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) oleh kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan.
Jelasnya, walaupun RM6 bilion telah dibayar tetapi tiada sebuah LCS pun diserah kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) walaupun mengikut kontrak yang ditandatangani pada Januari 2014, LCS 1 sepatutnya diserahkan pada April 2019.
Dalam pada itu kata Hishammuddin, Mohamad sendiri menyifatkan masalah itu berpunca daripada kontaktor yang gagal menyiapkan reka bentuk dalam tempoh ditetapkan.
Selain itu Mohamad turut menjelaskan, ia kerana kontraktor lewat muktamadkan perolehan sebahagian peralatan dan kualiti kerja yang tidak memuaskan dan tidak mengikut spesifikasi.
Tambah Hishammuddin, pada 31 Oktober 2018, Pengarah Urusan Boustead Heavy Industries Corporation Berhad, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor juga pernah memberitahu sebab kelewatan adalah kerana menunggu komponen penting dari syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
“Ahmad Ramli juga memaklumkan, sistem kawalan dan enjin telah diterima, tetapi menunggu peralatan yang diperlukan kerana mahu mantapkan lagi kapal.
“Ahmad Ramli turut memberitahu, kelewatan perolehan LCS normal, kerana ini LCS pertama TLDM, jadi ia memerlukan beberapa penambahbaikan,” kata Hishammuddin.
Ujar Hishammuddin lagi, Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong juga bersama Ahmad Ramli ketika kenyataan itu dibuat dan gambarnya boleh dilihat semasa Majlis Peletakkan Lunas LCS ke-4 yang diadakan tempoh hari.
Astro Awani
Thu Nov 21 2019
HISHAMMUDDIN: Pada 29 Oktober baru-baru ni, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu sendiri mengakui, kelewatan perolehan LCS berpunca daripada beberapa sebab. -Gambar H2O Media Team
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Pemindahan pertama buah pinggang babi beri sinar kepada pesakit
Kejayaan prosedur pembedahan pemindahan buah pinggang babi ke manusia yang pertama di Amerika Syarikat (AS) disifatkan sebagai kemajuan besar di negara itu.
Ahli Parlimen AS setuju elak penutupan kerajaan sebelum tarikh akhir
Pemimpin Kongres AS telah mencapai persetujuan untuk menghalang penutupan sebahagian kerajaan persekutuan yang dijadualkan pada tengah malam Jumaat ini, kata Ahli Parlimen pada Rabu.
Rusia mahu UNSC bincang serangan AS ke atas Iraq, Syria
Rusia pada Sabtu mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq dan Syria serta meminta mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (UNSC) untuk membincangkan isu berkenaan.
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Chicago, Dewan Bandaraya gesa gencatan senjata
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Dewan Bandaraya Chicago, Amerika Syarikat untuk menyatakan protes terhadap serangan Israel yang berterusan di Gaza pada Rabu.
Anak, menantu sembunyi mayat bapa demi duit pencen
Pasangan itu sanggup menyembunyikan mayat warga emas itu dalam rumah mereka selama enam tahun demi mengambil wang persaraan bulanannya.
Penutupan sempadan Mexico-AS tidak rasional - Andres
Cadangan penutupan sempadan Mexico dan Amerika Syarikat (AS) adalah mustahil dan merupakan keputusan politik yang tidak rasional.
Kongres AS setuju perjanjian perbelanjaan untuk elak penutupan kerajaan
Kongres Amerika Syarikat (AS) bersetuju dengan perjanjian perbelanjaan jangka pendek untuk menghalang kemungkinan penutupan kerajaan sehingga Mac.
Tentera AS serang 3 kapal Houthi di Laut Merah
Sekurang-kurangnya 10 anggota Houthi Yaman terbunuh selepas tentera AS menyerang tiga kapal milik kumpulan itu di Laut Merah.
AS bertanggungjawab ke atas perang Israel-Hamas
Menurut jurucakap Kementerian Luar Iran, Naseer Kaanani, AS merupakan sebahagian daripada jenayah perang yang berlaku di Gaza.
Ops Ihsan: Kemasukan barangan bantuan 'disaring' sebelum lepasi pintu Rafah
Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan Jismi Johari memaklumkan pihaknya mengambil insiatif mengadakan perbincangan awal dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.