Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kematian kanak-kanak berusia tiga tahun, Nur Aisyah Aleya Abdullah, di Langkawi baru-baru ini, sebagai satu tragedi.

Selain itu, beliau, yang juga Menteri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkata, tindakan penjaga itu meninggalkan kanak-kanak malang berkenaan begitu sahaja, menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan masyarakat.

“Itu adalah satu tragedi, saya tidak tahu apa, laporan yang saya baca budak tu mengalami sawan masa dia dimandikan dan dan mungkin penjaga dia panik saya pun tak tahu.

"Tetapi kita tidak boleh jadi satu yang budaya kita...ia adalah sesuatu yang salah apabila orang yang menjaga kanak-kanak itu, meninggalkannya begitu saja apabila dihadapi masalah ataupun panic state,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kes itu.


BACA: [Infografik] Kronologi Kematian Nur Aisyah Aleya

Media sebelum ini melaporkan mengenai penemuan mayat kanak-kanak perempuan berkenaan, yang dilaporkan hilang di Langkawi

Menurut polis, sepasang suami isteri telah ditahan dan mereka telah memberitahu polis bahawa kanak-
kanak perempuan itu mengalami sawan ketika dimandikan.

Suspek lelaki itu dikatakan telah memasukkan mayat kanak-kanak perempuan berkenaan dalam beg dan mnmbuangnya di Gunung Raya di Langkawi.