Kementerian Kesihatan masih menunggu keputusan ujian darah dua pelajar pra-sekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Tasik di Cheras sebelum memutuskan sama ada mereka dijangkiti virus Influenza A (H1N1), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Dr Subramaniam berkata dua pelajar itu mengalami gejala demam, selesema serta batuk dan telah diasingkan daripada pelajar lain.
"Setiap hari pun ada virus seperti H1N1 dan kebanyakan orang mendapat simptom-simptom seperti itu.
"Cuma kumpulan berisiko tinggi seperti wanita mengandung dan warga emas yang mengalami gejala saluran pernafasan perlu lebih berhati-hati," katanya ketika ditanya mengenai berita yang tular di laman sosial yang menyatakan kelas pra-sekolah di Bandar Sri Permaisuri itu ditutup akibat jangkitan H1N1,
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Malaysian Health Data Warehouse di sini hari ini.
Dr Subramaniam juga berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara lain tidak lagi memantau jangkitan H1N1 secara khusus kerana ia dikategorikan sebagai influenza bermusim.
Justeru, katanya, orang ramai perlu tahu menjaga kebersihan diri dan segera berjumpa doktor jika mendapat selesema atau simptom yang berkaitan.
"Mereka yang demam selesema juga diminta mengasingkan diri daripada orang ramai supaya penyakit ini tidak mudah merebak, serta menggunakan topeng dan membasuh tangan setiap kali bersin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 18 2017
SUBRAMANIAM: WHO dan negara lain tidak lagi memantau jangkitan H1N1 secara khusus kerana ia dikategorikan sebagai influenza bermusim.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
Calon SPM antara 2 lagi ditahan terlibat samun bersenjata warga asing
Dua lagi pelajar sekolah menengah ditahan pada Sabtu, selepas disyaki terlibat dengan kes samun berkumpulan menggunakan senjata di Cheras.
Tiada kes tibi berstatus wabak di Cheras
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Persekutuan (JKWPKL&P) menegaskan tiada kes Tuberkulosis (tibi) berstatus wabak di Cheras.
Kes tuberkulosis dalam negara terkawal - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku beberapa kes tuberkulosis atau tibi di Cheras, Kuala Lumpur, namun secara keseluruhan kes jangkitannya dalam negara adalah terkawal.
12 lelaki didenda RM3,000 setiap seorang kerana merusuh guna senjata
Kesemua tertuduh yang bekerja sebagai penarik kereta, pemandu lori, jurujual dan mekanik membayar denda tersebut.
Jerebu: Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Empat kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini dengan Cheras di sini merekodkan bacaan tertinggi iaitu 160.
Jerebu: Lapan kawasan catat IPU tidak sihat, Cheras tertinggi
Sebanyak lapan kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat dengan Cheras merekodkan 157, yang tertinggi setakat 10 pagi ini.
Banjir landa beberapa kawasan di Cheras
Kebanyakan kawasan sekitar ibu negara mula dinaiki air ekoran hujan lebat berterusan sejak petang tadi.
Hanya Cheras, Nilai masih catat bacaan IPU tidak sihat setakat 6 petang ini
Hanya dua kawasan sahaja mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 6 petang ini berbanding tujuh, pada 10 pagi tadi.
Jerebu: Kawasan dengan IPU tidak sihat menurun kepada 12
Jumlah kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kategori tidak sihat menurun kepada 12 setakat 3 petang Isnin.
Guna khidmat 'mummy' warga asing tarik pelanggan
Taktik terbabit dipercayai untuk memudahkan urusan pelanggan yang kebanyakannya turut terdiri daripada warga asing.