Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sentiasa mengambil berat mengenai keperluan rakyat mendapatkan perumahan yang selesa dan mampu milik.
Beliau berkata projek perumahan yang dibina akan memberi keutamaan kepada golongan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan M40 (kumpulan berpendapatan 40 peratus sederhana).
"Sebagai kerajaan, kita turut mengambil perhatian terhadap kos sara hidup, kemudahan awam dan pengangkutan awam.
"Jika kita melaksanakan semua ini, kita percaya warga Wilayah Persekutuan akan terus memberi kepercayaan kepada kita," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan kunci Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) Residensi Pandanmas Kampung Pandan kepada 700 penerima di sini, hari ini.
Residensi Pandanmas, yang unitnya berkeluasan 850 dan 900 kaki persegi dan dijual pada harga RM280,000 dan RM300,000, adalah satu daripada projek Rumawip di Kuala Lumpur.
Najib berkata unit itu, yang dilengkapi tiga bilik dan dua bilik air serta berada di lokasi yang strategik, dijual pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran yang boleh mencecah antara RM500,000 hingga RM700,000.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pihak pemaju kerana berjaya menyiapkan projek perumahan itu sembilan bulan lebih awal daripada yang dijadualkan.
"Satu lagi keunikan projek ini adalah elemen subsidi silang dengan 300 keluarga setinggan kaum India yang menetap di kawasan ini hampir 30 tahun lepas akan mendapat rumah baharu yang ditawarkan pada harga RM42,000 seunit," katanya.
Menurutnya tawaran rumah itu adalah sebahagian daripada program penempatan buat kesemua keluarga itu dengan kerajaan akan memberikan 100 peratus pinjaman menerusi Yayasan Wilayah Persekutuan untuk membeli rumah itu.
"Kebetulan, saya melancarkan Pelan Tindakan India Malaysia Ahad lepas. Hari ini, terbukti pelan tindakan itu bukan cakap kosong tetapi membantu semua golongan. Ini adalah komitmen kerajaan Barisan Nasional, " kata beliau. -- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 25 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada majlis penyerahan kunci Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan Residensi PandanMas Kampung Pandan hari ini. --fotoBERNAMA
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Melaka hasrat buka sekolah autisme bagi golongan kurang mampu
Kalsom berkata, ketika ini terdapat keluarga dalam kalangan B40 yang tidak mampu menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak autistik.
Bayaran haji B40 tahun ini RM12,356 - TH
TH mengumumkan kadar bayaran bagi bakal haji muassasah kumpulan B40 yang akan menunaikan ibadah itu buat kali pertama, ditetapkan pada RM12,356 seorang tahun ini.
Subsidi lebih RM4.4 juta dalam 679 Program Jualan Rahmah di Kelantan
Jumlah itu diperolehi selepas pihaknya menjalankan 679 PJR dengan hasil jualan melebihi RM24 juta di 14 kawasan parlimen.
'Ada anggota polis golongan B40, miskin bandar'
Setiap anggota baharu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh dikategorikan sebagai B40 apabila menerima gaji permulaan sebanyak RM1,441.
Skim Perubatan MADANI ringankan beban B40, rakyat harap diperluaskan
Seorang pesara berkata, skim itu dapat meringankan beban kewangan dan membantu memendekkan masa menunggu untuk rawatan.
112,887 isi rumah B40 terima manfaat Skim Perubatan MADANI
Skim itu telah mendapat sambutan yang amat positif dan menggalakkan daripada pihak berkenaan dengan sebanyak 181,460 rawatan pesakit luar telah diberikan setakat ini.
KLAS Renang B40 dapat sambutan, KBS sasar lebih 5,000 peserta fasa kedua
KBS menyasarkan seramai 5,760 kanak-kanak, berumur enam hingga 12 tahun, untuk menyertai program Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) bagi fasa kedua mulai September hingga Disember ini.
Rohto Eye Care bantu murid B40 dapat penjagaan kesihatan mata
Kesihatan mata merupakan masalah utama kesihatan global yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.
Program Jualan Ehsan Rahmah diperluas ke 12 lokasi sehari bermula Ogos
Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diperluas ke 12 lokasi sehari bermula 1 Ogos ini berbanding sembilan lokasi sebelum ini.
200 lesen bas PSV percuma ditawarkan kepada golongan B40 di Pantai Timur
Sebanyak 200 Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) bas ditawarkan kerajaan secara percuma khusus kepada golongan B40 di negeri Pantai Timur, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.