Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang berbincang dengan pemaju hartanah untuk menyelesaikan hartanah kediaman yang tidak terjual bernilai lebih RM22 bilion, kata menteri berkenaan, Zuraida Kamaruddin.
Beliau berkata, kementerian akan menumpukan hartanah berharga di bawah RM500,000 terlebih dahulu untuk membantu pembeli rumah dan pemaju.
"Sekiranya kita, bersama pemaju, dapat menentukan tawaran terbaik pada harga serta lokasi yang baik, ia boleh ditawarkan kepada B40 (kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah) dan M40 (berpendapatan 40 peratus pertengahan)," katanya kepada pemberita pada Pameran Hartanah Sekunder dan Primer Malaysia 2018 di sini, pada Jumaat.
Beliau mahu pemaju hartanah dengan hartanah berharga RM500,000 ke bawah menghubungi kementerian itu dan mendapatkan bantuan supaya projek mereka disenaraikan dalam sasaran satu juta kediaman mampu milik oleh kerajaan.
Zuraida berkata, kerajaan telah menyiapkan Dasar Perumahan Mampu Milik Negara 2.0 dan ia dijangka diumumkan pada akhir Oktober ini.
"Kita perlu mendapatkan beberapa ulasan dan maklum balas daripada pelbagai kementerian terlibat supaya apabila kabinet meluluskannya, ia akan dilancarkan serta-merta," katanya.
Beliau berkata, selain itu KPKT sedang memperkemaskan kesemua agensi di bawahnya.
"Setakat ini, agensi ini berada di bawah KPKT, Unit Perumahan Penjawat Awam Malaysia, Perbadanan PR1MA Malaysia, Syarikat Perumahan Negara Bhd dan UDA Holdings Bhd.
"Kami berharap dapat menyelesaikan proses itu dalam tempoh dua bulan akan datang," katanya.
Mengenai kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas perkhidmatan pembinaan dan bahan akan dikaji semula sekiranya harga rumah tidak dikurangkan, Zuraida berkata harga rumah sepatutnya menjadi lebih rendah memandangkan tiada SST dikenakan.
"Sekiranya harga masih mahal, jangan beli hartanah mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 28 2018
Pemaju dengan hartanah berharga RM500,000 ke bawah diminta menghubungi KPKT. - Gambar hiasan
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Usaha gigih RIMAU untuk selamatkan harimau Malaya
Panthera Tigris Malayensis dilaporkan boleh ditemui di hutan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Pahang, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
Melaka hasrat buka sekolah autisme bagi golongan kurang mampu
Kalsom berkata, ketika ini terdapat keluarga dalam kalangan B40 yang tidak mampu menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak autistik.
Bayaran haji B40 tahun ini RM12,356 - TH
TH mengumumkan kadar bayaran bagi bakal haji muassasah kumpulan B40 yang akan menunaikan ibadah itu buat kali pertama, ditetapkan pada RM12,356 seorang tahun ini.
Subsidi lebih RM4.4 juta dalam 679 Program Jualan Rahmah di Kelantan
Jumlah itu diperolehi selepas pihaknya menjalankan 679 PJR dengan hasil jualan melebihi RM24 juta di 14 kawasan parlimen.
'Ada anggota polis golongan B40, miskin bandar'
Setiap anggota baharu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh dikategorikan sebagai B40 apabila menerima gaji permulaan sebanyak RM1,441.
Skim Perubatan MADANI ringankan beban B40, rakyat harap diperluaskan
Seorang pesara berkata, skim itu dapat meringankan beban kewangan dan membantu memendekkan masa menunggu untuk rawatan.
112,887 isi rumah B40 terima manfaat Skim Perubatan MADANI
Skim itu telah mendapat sambutan yang amat positif dan menggalakkan daripada pihak berkenaan dengan sebanyak 181,460 rawatan pesakit luar telah diberikan setakat ini.
KLAS Renang B40 dapat sambutan, KBS sasar lebih 5,000 peserta fasa kedua
KBS menyasarkan seramai 5,760 kanak-kanak, berumur enam hingga 12 tahun, untuk menyertai program Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) bagi fasa kedua mulai September hingga Disember ini.
Rohto Eye Care bantu murid B40 dapat penjagaan kesihatan mata
Kesihatan mata merupakan masalah utama kesihatan global yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.
Program Jualan Ehsan Rahmah diperluas ke 12 lokasi sehari bermula Ogos
Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diperluas ke 12 lokasi sehari bermula 1 Ogos ini berbanding sembilan lokasi sebelum ini.
200 lesen bas PSV percuma ditawarkan kepada golongan B40 di Pantai Timur
Sebanyak 200 Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) bas ditawarkan kerajaan secara percuma khusus kepada golongan B40 di negeri Pantai Timur, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.