Keperihatinan kerajaan mengatasi masalah rakyat untuk memiliki rumah bukan sekadar 'cakap kosong' sebaliknya menjadikannya kenyataan menerusi pelaksanaan beberapa skim baharu.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata skim itu diperkenal bagi membolehkan semua rakyat daripada kategori miskin, kumpulan B40 sebagai isi rumah dengan pendapatan bulanan sehingga RM3,855 dan M40 yang berpendapatan antara RM3,860 dan RM8,319 dapat memiliki rumah.
Bagi golongan miskin, katanya kerajaan membina rumah untuk mereka menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) dan konsep Sewa-Beli.
"Kadar sewa hanya RM124 sebulan manakala menerusi konsep sewa-beli, rakyat boleh membeli rumah dengan harga RM35,000 berbanding harga rumah RM150,000.
"Kita tidak boleh nafikan keperihatinan kerajaan terhadap rakyat terutamanya yang berkaitan masalah perumahan. Ia bukan cakap kosong tetapi kenyataan," katanya pada perasmian Rumah PPR Taman Batu Sapi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, Jumaat.
PPR Taman Batu Sapi mempunyai 180 unit rumah termasuk lima unit untuk Orang Kurang Upaya (OKU).
PPR itu turut dilengkapi kedai, gerai, dewan serbaguna, gelanggang sepak takraw dan bola tampar serta taman permainan kanak-kanak.
Noh berkata bagi kumpulan M40, dua skim diperkenal iaitu Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau Myhome dan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama atau MyDeposit untuk pemilikan rumah pertama.
Katanya kerajaan memberikan subsidi RM30,000 bagi golongan itu membeli rumah dengan harga RM300,000 ke bawah.
Sehingga kini, kerajaan sudah membelanjakan RM178 juta yang memanfaatkan 34,000 pembeli rumah bagi skim itu.
Bagi Skim MYdeposit, katanya, kerajaan menyediakan subsidi RM30,000 kepada pembeli rumah baharu dan rumah terpakai.
"Sehingga hari ini, kerajaan sudah memberikan subsidi RM14 juta kepada pembeli rumah di bawah skim ini," katanya.
Noh juga berkata kerajaan perihatin dengan masalah rakyat yang membeli rumah swasta tetapi projek itu terbengkalai menyebabkan mereka sukar membayar pinjaman bank dan sewa rumah.
Sejak 2009 sehingga kini, sebanyak 262 projek perumahan dikendali pihak swasta terbengkalai di seluruh negara menyebabkan rakyat yang membelinya tidak dapat memiliki rumah.
Menurutnya kerajaan membelanjakan RM205 juta bagi memberi pembiayaan kepada rakyat yang tidak dapat memiliki rumah akibat terbengkalai.
Mengenai pembinaan PPR di Sabah, Noh berkata sebanyak 26 projek PPR telah dibina, lapan projek sedang pembinaan dan empat lagi projek sedang dirancang.
Kerajaan negeri Sabah bekerjasama rapat dengan kerajaan pusat dalam menyediakan perumahan kepada rakyat menerusi PPR ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2017
NOH: Keperihatinan kerajaan mengatasi masalah rakyat untuk memiliki rumah bukan sekadar 'cakap kosong' semata-mata. - Gambar fail
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Johor terus bantu golongan M40 untuk miliki rumah menerusi Eco Botanic 3
Projek tersebut yang akan dibangunkan secara berfasa oleh pemaju utama EcoWorld, akan menawarkan 3,746 unit rumah.
Belanjawan 2024: PKIBM cadang pembiayaan penuh PTPTN bagi pelajar M40
Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) menyarankan agar kadar pembiayaan penuh 100 peratus pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diperluas kepada semua pelajar.
Sebahagian M40 dijangka tidak terima subsidi bahan api - Kenanga Research
Kenanga Research menjangkakan sebahagian kumpulan M40 mungkin tidak akan menerima bahan api bersubsidi selepas pengenalan sistem subsidi bersasar dan sekali gus mengurangkan kuasa membeli mereka.
Kerajaan tidak pernah abaikan M40 - PM Anwar
Beliau berkata dakwaan beberapa pihak bahawa pendekatan kerajaan lebih tertumpu kepada golongan B40 sehingga mengabaikan kumpulan yang berpendapatan sederhana itu adalah tidak tepat.
CUEPACS cadang kenaikan dua peratus pencen pesara kekal
CUEPACS mencadangkan kenaikan pencen pesara kerajaan sebanyak dua peratus setiap tahun dikekalkan sehingga kerajaan melaksanakan pelarasan gaji baharu penjawat awam.
TWL Holdings Bhd bangunkan tanah, majukan rumah mampu milik untuk keperluan rakyat
TWL Holdings Berhad memandang serius isu gelandangan di Malaysia sekali gus berhasrat untuk membendung masalah ini dengan menyediakan penyelesaian dinamik sebelum ia memburuk.
Belanjawan 2023: Kadar cukai pendapatan M40 dikurangkan
Kerajaan bersetuju mengurangkan kadar cukai pendapatan individu kumpulan M40 bagi menambah pendapatan boleh guna golongan terbabit.
Berita baik berkaitan telekomunikasi menjelang Krismas untuk B40, M40
Terdapat permintaan di media sosial supaya beberapa perkara perlu diteliti dari segi kos dan mutu perkhidmatan.
Dilema M40, siapa mahu tolong?
Dalam lautan boleh diduga, dalam hati siapa tahu...
Bajet 2023: Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan dua mata peratusan
Hampir satu juta pembayar cukai individu pemastautin bakal menikmati pengurangan cukai dalam usaha kerajaan menambah pendapatan boleh guna yang boleh dimanfaatkan oleh golongan M40.