Kerajaan perlu memberi tumpuan kepada penurunan kos perubatan dalam usaha menurunkan kos sara hidup rakyat, kata Setiausaha Kehormat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Martin Khor.
Menurutnya, harga ubatan dan rawatan untuk penyakit kritikal di Malaysia ketika ini amat mahal.
"Ada satu kajian menunjukkan, rakyat perlu berbelanja lebih RM1,000 untuk sekali rawatan penyakit kritikal. Ramai yang tidak mampu.
"Contohnya kanser, ada beberapa rawatan yang terlalu mahal," katanya selepas mengemukakan cadangan penurunan kos perubatan kepada Majlis Penasihat Kerajaan di ibu negara hari ini.
Sebagai contoh, Khor memetik langkah Kementerian Kesihatan yang telah menurunkan kos ubat Hepatitis C daripada RM300,000 kepada hanya RM1,000 pada Mac lalu.
"Ubat ini mempunyai kebarangkalian sembuh sehingga 95 peratus,” katanya, sambil menambah ia mampu menyelamatkan sejumlah 500,000 pesakit itu di negara ini.
Pada masa sama, Khor berharap, setiap perjanjian dagangan bebas perlu melihat secara khusus klausa Harta Intelek (IP) berkaitan ubat-ubatan bagi memastikan harganya tidak naik melambung.
“Sekarang kita sudah bersetuju dengan Perjanjian CPTPP. Untuk Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) masa hadapan, kita perlu fokus kepada klausa IP untuk elak harga ubat melambung tinggi."
Beliau mengulas klausa IP di bawah Perjanjian Komprehensif Trans Pasifik (CPTPP) dan Kerjasama Komprehensif Ekonomi Serantau (RCEP) yang dijangka meningkatkan harga ubat-ubatan.
Kerajaan setakat ini masih lagi mengkaji klausa IP di bawah kedua dua perjanjian itu.
Ditanya berkaitan kawalselia terhadap hospital swasta, Khor berkata ia sememangnya dikawal, namun tidak terlalu ketat.
“Kos di hospital swasta sangat tinggi. Ini perlu dikaji,” katanya sambil menambah, meskipun pengguna mempunyai pilihan di hospital kerajaan, ia menyebabkan masalah kepadatan pesakit di hospital.
Selain itu, beliau turut mengesa kerajaan melihat kepada isu perpindahan pakar dari hospital kerajaan ke hospital swasta.
Najib Aroff
Tue Jun 05 2018
Khor berharap, setiap perjanjian dagangan bebas perlu melihat secara khusus klausa IP berkaitan ubat-ubatan bagi memastikan harganya tidak naik melambung. Astro AWANI
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
CAP gesa perkukuh Perjanjian Global Plastik, elak krisis pencemaran sisa
CAP minta rundingan Perjanjian Plastik Global perkukuh kandungan dalam perjanjian ini bagi mengelakkan krisis pencemaran sisa plastik terus berlaku.
Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Perpustakaan Kontena Bangsa Johor Bahagia
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan merasmikan Perpustakaan Kontena Bangsa Johor Bahagia (BJB) di Kangkar Pulai di sini hari ini.
Kadar tambang bas ekspres eksekutif, ekonomi ikut jadual tambang - APAD
Harga tiket bas berbeza mengikut jenis perkhidmatan yang ditawarkan kepada penumpang.
CAP saran kerajaan pertimbang dasar bagi minimum kesan bencana terhadap haiwan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyarankan kerajaan memberi pertimbangan serius terhadap pelaksanaan dasar dan strategi bagi meminimumkan kesan bencana terhadap haiwan.
Runtuhan gudang: CAP gesa tubuh suruhanjaya siasatan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan segera bagi menyiasat punca kejadian runtuhan gudang logistik sedang dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas deka
CAP gesa pembentangan RUU GEG disegerakan
Pegawai Pendidikan dan Aktivis Anti Merokok CAP N. V. Subbarow berkata pihaknya juga berharap semua ahli parlimen tidak memberikan alasan untuk tidak menyokong RUU itu.
Ramai kanak-kanak cuba vape bapa, abang di rumah - CAP
Ramai kanak-kanak yang berusia lingkungan sembilan hingga 12 tahun didapati mencuba vape dan e-rokok milik bapa atau abang mereka di rumah atau di dalam kereta.
Permainan lato-lato undang risiko keselamatan - CAP
Adalah tidak wajar sekiranya Malaysia meluluskan permainan yang merbahaya kepada pengguna khususnya golongan kanak-kanak.
Tiga cadangan CAP tangani isu harga barang tinggi
Kurangkan import makanan dan gandakan penghasilan dalam negara, elak pembaziran, serta galakkan penanaman di rumah dan bandar.