Ketua Audit Negara (AG) akan diminta untuk menjalankan audit terhadap projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata Kementerian Pengangkutan menyokong sepenuhnya langkah untuk mengaudit klia2 dalam mesyuarat Kabinet dan perkara itu telah pun mendapat kelulusan Kabinet.
Beliau menjelaskan memandangkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merupakan sebuah entiti tersenarai, kelulusan Kabinet adalah diperlukan bagi penglibatan Ketua Audit Negara untuk menjalankan audit terbabit.
"Pihak AG akan diminta untuk menjalankan audit tersebut dengan segera," katanya dalam satu kenyataan Jumaat.
Liow menjelaskan bahawa beliau menyahut cadangan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sejak dari awal lagi supaya Ketua Audit Negara menjalankan siasatan terperinci terhadap pengurusan pembinaan dan pembangunan klia2.
"Saya ingin menekankan bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mendapatkan jawapan dan perkara sebenar berhubung perkara ini," katanya.
Liow dalam pada itu tidak menafikan terdapat kos tambahan yang terlibat dalam pembangunan klia2.
Walau bagaimanapun, katanya kos tersebut adalah hasil daripada skop dan keperluan dari segi kemudahan dan saiz yang telah dikaji semula dan dipinda berdasarkan keperluan tambahan pihak berkepentingan utama.
Klia2 memulakan operasinya pada 2 Mei tahun lepas, dilaporkan mengalami peningkatan kos daripada RM1.7 bilion kepada RM4 bilion.
Dalam pada itu, Liow berkata adalah menjadi tanggungjawab MAHB sebagai pemilik dan pengurus klia2 untuk bekerjasama sepenuhnya dengan PAC dan memberi keterangan dan informasi yang diminta secara telus.
"Saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa MAHB harus mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menjawab segala penemuan PAC dan saya berharap agar perkara ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin," katanya.
Bernama
Sat May 23 2015
Kementerian Pengangkutan menyokong sepenuhnya langkah untuk mengaudit klia2 dalam mesyuarat Kabinet - Gambar Fail
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Laporan Audit: FELDA rugi RM1 bilion, rizab LTAT berbaki negatif pada 2022
PR1MA pula dilaporkan menghadapi kerugian bersih berjumlah RM0.257 bilion makakala liabiltii berjumlah RM5.746 bilion.
Wujudkan Akta Salah Laku Penjawat Awam, tingkat keupayaan perangi rasuah - Akhbar Satar
Akta Salah Laku Penjawat Awam perlu diwujudkan kerajaan sebagai usaha tambahan memerangi rasuah dengan berkesan.
SPRM bongkar sindiket kurangkan duti kereta mewah di Langkawi
Enam ahli sindiket mengurangkan duti kereta mewah secara tidak sah yang mengakibatkan ketirisan cukai kerajaan sehingga lebih RM33 juta, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah.
LKAN akan dibentang secara berkala di Mesyuarat Jemaah Menteri
LKAN dengan format baharu lebih berstruktur dan diperkasa, dan akan dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Kabinet Tata Kelola Nasional (JKKTN).
Pendekatan 'quick win' langkah kerajaan tangani isu mendesak - Penganalisis
Pendekatan PM membolehkan beliau dan kepimpinan negara mengenal pasti masalah dan mengumumkan bantuan yang diperlukan.
Wan Suraya dilantik Ketua Audit Negara baharu
Wan Suraya menggantikan Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid yang tamat kontrak sebagai Ketua Audit Negara pada Februari lepas.
Laporan Ketua Audit Negara: SPRM buka kertas siasatan jika ada kesalahan jenayah
SPRM akan membuka kertas siasatan berhubung ketirisan dan pembaziran dana awam dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 jika terdapat kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa agensi itu.
Laporan Audit Negara: Kerajaan perlu pantau setiap projek, elak pembaziran - Penganalisis
Kerajaan perlu mengambil tindakan serius kepada pemantauan sebarang projek kerajaan bagi mengelakkan pembaziran berlaku.
Ada asas hutang kerajaan meningkat RM100 bilion - Ketua Audit Negara
Ia memandangkan sebahagian daripada pinjaman berkenaan digunakan untuk membiayai aktiviti tangani COVID-19 dan penjanaan semula ekonomi.
Pembayaran tidak teratur RM1.299 bilion akibat tidak patuh pengurusan kewangan - Laporan Ketua Audit Negara
Tahun lepas, Jabatan Audit Negara melaksanakan pengauditan pematuhan terhadap lima agensi persekutuan dan mengemukakan 19 syor.