Penyanyi rap kontroversi, Namawee atau nama sebenarnya Weng Meng Chee, 32, dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh tahanan reman empat harinya tamat, pada Khamis.
Pendaftar Mahkamah Majistret Georgetown, Ahmad Tajudin Zaini, menolak permohonan polis menyambung tempoh reman penyanyi berkenaan.
Namawee tiba di mahkamah pada jam 11.34 pagi dan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Timur Laut pada jam 12 tengahari.
Ahad lalu, Namewee ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, sejurus tiba dari Taiwan dan dibawa ke Mahkamah Majistret George Town untuk direman.
BACA: Klip video Namewee: Polis dapatkan bantuan Interpol kesan tiga penyanyi lain
Pada Isnin, Namawee direman bagi membantu siasatan kes muzik video bertajuk ‘oh my god’ yang didakwa menghina agama.
Video berdurasi lebih empat minit itu memaparkan rakaman empat lelaki menyanyikan lagu berbahasa mandarin sambil menari dalam rumah ibadat, termasuk di sebuah masjid di Tanjung Bungah, di George Town.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, berkata Namawee, dibebaskan sementara menunggu arahan lanjut Pejabat Peguam Negara.
Astro Awani
Thu Aug 25 2016
Pada Isnin, Namawee direman bagi membantu siasatan kes muzik video bertajuk oh my god yang didakwa menghina agama. - Gambar fail
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Lelaki rempuh pintu pagar Istana Buckingham ditahan polis
Seorang lelaki telah ditahan selepas merempuh pintu pagar Istana Buckingham di tengah London dengan kereta dipandunya.
Chegu Bard ditahan malam Khamis?
Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard ditahan polis pada Khamis.
Pemandu teksi maut dipercayai ditikam penumpang
Seorang pemandu teksi ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tikaman di dalam keretanya berhampiran sebuah klinik kesihatan di Kampung Seberang Takir, di sini, pada Jumaat.
Ceroboh masuk bilik hotel isteri orang, bekas pemain bola sepak kebangsaan ditahan
Seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan yang pernah menggegarkan dunia sukan tanah air ditahan polis kerana dipercayai menceroboh masuk bilik hotel seorang wanita berstatus isteri orang.
Serangan seksual dalam bilik mandi: Dani Alves ditahan polis Barcelona
Dani Alves ditahan pihak polis malam tadi atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita dalam bilik mandi sebuah kelab malam.
Piala Dunia Qatar: Polis tahan 35 penyokong akibat merusuh
Piala Dunia Qatar: Polis tahan 35 penyokong akibat merusuh
KBS kesal bekas pemain bola sepak kebangsaan ditahan miliki dadah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kesal dengan kejadian bekas pemain bola sepak kebangsaan ditahan kerana disyaki memiliki bahan terlarang jenis Methamphetamine pada Sabtu lepas.
Teman lelaki wanita disyaki hina Islam ditahan
Teman lelaki kepada wanita yang disyaki menghina Islam di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, semalam.
Dera dua beradik: Bapa tiri ditahan polis
Polis menahan seorang lelaki hari ini yang dipercayai bapa tiri kepada dua beradik perempuan yang cedera disyaki didera baru-baru ini.
Uthaya Sankar bebas jaminan polis, siasatan tetap jalan - Pengarah JSJ
Uthaya Sankar SB yang ditahan selepas memuat naik satu hantaran berunsur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW akan dibebaskan petang ini.