Laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) berkaitan perlombongan bauksit di daerah ini dijadual siap pada Oktober depan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Nazri Ngah berkata laporan itu yang dijangka menelan belanja sebanyak RM1.1 juta akan merangkumi kawasan seluas 3,642.176 hektar.
Katanya, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) yang dilantik sebagai 'agensi utama' dalam isu berkaitan bauksit telah melantik sebuah firma perunding alam sekitar untuk penyediaan laporan EIA itu.
"Ini meliputi dalam menentukan tatacara pengendalian operasi serta pengangkutan keluar bauksit secara lestari untuk meminimakan kesan pencemaran alam sekitar dan kacau ganggu kepada penduduk sekitar,"
"Aktiviti perlombongan hanya akan dimulakan selepas laporan EIA diluluskan PKNP, yang akan memohon Lesen Melombong Tuanpunya daripada kerajaan negeri dan lesen import daripada kerajaan Persekutuan," katanya.
Nazri berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini, bagi menjawab soalan Datuk Md Shohaimi Mohamed Shah (BN-Sungai Lembing) yang ingin tahu rancangan kerajaan dalam isu bauksit.
Beliau menambah PKNP juga sedang meneliti kandungan perjanjian antara peneroka dengan pengusaha yang terlibat dalam usaha mahu menyelaras tindakan baik pulih tapak bauksit bagi tanah yang telah diusahakan.
Selain itu, Nazri memaklumkan kerajaan negeri juga telah merangka pelan memulihkan tanah yang terjejas dengan bauksit, termasuk bagi tujuan penanaman semula kelapa sawit atau tanaman lain yang sesuai.
Jawapan itu menyebabkan Shahril Azman Abd Halim (Pas-Jengka) bertanyakan teknologi yang akan digunakan selain perancangan untuk memastikan peneroka di Jengka tidak terjebak selepas terdapat ura-ura mengatakan bahan mineral itu ada di situ.
Nazri menjelaskan proses memulih tanah bauksit boleh dilakukan kerana pengambilan bauksit lazimnya hanya melibatkan kedalaman sehingga dua meter, namun kelihatan 'lebih dalam' ekoran keadaan tanah yang beralun.
"Kami telah putuskan bahawa PKNP sebagai agensi utama, jadi tidak boleh benarkan peneroka berurusan dengan pengusaha lombong. Saya anak peneroka dan Jengka (Shahril Azman) juga anak peneroka.
"Sama-sama kita beri nasihat supaya peneroka tidak terpengaruh dengan pengusaha lombong agar tidak menyesal seperti yang berlaku kepada segelintir peneroka yang tidak memperoleh hasil selepas sawit ditebang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 26 2018
Proses memulih tanah bauksit boleh dilakukan kerana pengambilan bauksit lazimnya hanya melibatkan kedalaman sehingga dua meter. - Gambar hiasan
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Johor peruntuk RM63.5 juta baik pulih PPR, RSK
Johor memperuntukkan sebanyak RM63.5 juta untuk kerja-kerja membaik pulih PPR dan Rumah Sewa Kerajaan di seluruh negeri.
91 klinik daif siap dibaik pulih, naik taraf - Dr Zaliha
Sebanyak 91 klinik di seluruh negara yang dikategorikan sebagai daif telah siap dibaik pulih sepenuhnya, manakala 341 klinik dijadualkan siap menjelang akhir tahun ini.
Peruntukan baik pulih bangunan sekolah daif diagihkan minggu ini
Datuk Pkharuddin Ghazali berkata peruntukan itu termasuk perbelanjaan membaiki kemudahan tandas yang sentiasa menjadi keutamaan.
Kos lebih RM4 juta baiki kerosakan akibat ribut - Nanta
Kerajaan menganggarkan kos bagi membaiki kerosakan di 29 buah sekolah di Kuala Lumpur yang mengalami kerosakan akibat ribut pada Jumaat lepas mencecah RM3 juta.
Kompleks Perahu Layar Hang Jebat di Melaka dijangka dibaik pulih
Kerja-kerja baik pulih akan dimulakan selepas menerima peruntukan khas daripada KBS selewat-lewatnya pertengahan tahun hadapan.
KBS kenal pasti fasiliti sukan yang perlu dibaik pulih
Penyelenggaran fasiliti sukan penting bagi memastikan pembangunan atlet di peringkat akar umbi dapat dilaksanakan dengan baik.
Johor peruntuk RM5.2 juta baik pulih PPR Kempas Permai tahun ini
Kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM5.2 juta untuk kerja-kerja membaik pulih Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, di sini, bagi tahun ini.
LRT laluan Kelana Jaya alami gangguan teknikal, sedang dibaik pulih
Sebuah tren transit aliran ringan (LRT) di laluan Kelana Jaya dilaporkan mengalami gangguan teknikal pada kira-kira 9 malam ini dan sedang dalam proses baik pulih.
Kompleks Sejarah Pasir Salak: Harap kerajaan negeri beri peruntukan, baik pulih secara berperingkat
Walaupun kos membaik pulih kompleks itu memakan belanja tinggi, namun ia boleh dibaik pulih sedikit demi sedikit.
Laporan audit: Projek naik taraf, baik pulih bangunan Parlimen lambat siap hingga 14 tahun
Pencapaian Projek Naik Taraf dan Baik Pulih Bangunan Parlimen yang sepatutnya mengambil tempoh enam tahun mengalami kelambatan siap hingga 14 tahun.