Seorang warga Kemboja dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menceroboh hutan simpan kekal dan mencuri kayu gaharu pada Jun lalu.
Tertuduh Than Neak berumur lingkungan 30-an mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Kemboja di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.
Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa telah menduduki atau menjalankan apa-apa aktiviti atas mana-mana tanah dalam kawasan hutan simpan kekal tanpa suatu permit penggunaan di Hutan Simpan Bintang Hijau kira-kira 5 petang, 15 Jun lepas (2017).
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut subseksyen 32 (1) dan (2) Akta Perhutanan Negara 1984 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Negeri Perak S. Punita manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tertuduh memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana dia mendakwa mengikut abang iparnya memasuki hutan itu dan tidak mengetahui tentang aktiviti itu.
Punita pula memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman maksimum kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh membabitkan kehilangan hasil perhutanan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2017
Kesalahan didakwa mengikut subseksyen 32 (1) dan (2) Akta Perhutanan Negara 1984 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Padah acu pisau, ceroboh rumah warga emas
Seorang lelaki dipenjara 10 bulan selepas mengaku salah mengacu pisau dan menceroboh masuk rumah seorang warga emas.
Seorang kanak-kanak dikesan 'ceroboh' pagar White House
Kakitangan Perkhidmatan Rahsia "menemukan pelawat muda itu memasuki pagar di kawasan Rumah Putih."
Ceroboh beri imej negatif keselamatan negara
Beberapa perkara penting termasuk isu memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di pintu masuk negara akan dijelaskan.
ATB 2 siap siaga kekang elemen luar, ambil kesempatan ketika PRU15
ATB 2 menjalankan operasi sedia ada bagi memastikan sempadan perairan negara tidak diceroboh.
Tangkapan suspek tular bukan libat kes culik pelajar
Video yang ditularkan adalah ketika polis melakukan tangkapan terhadap seorang lelaki kerana menceroboh di kawasan sebuah rumah.
Lelaki bersenjata cuba ceroboh pejabat FBI di Cincinnati ditembak mati
Seorang lelaki bersenjata yang cuba menceroboh pejabat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Cincinnati ditembak mati oleh anggota penguatkuasa pada pagi Khamis.
Op Benteng Laut: TLDM usir 6 bot nelayan asing
Kapal TLDM sekali lagi berjaya mematahkan pencerobohan perairan negara dengan pengusiran enam bot nelayan (BNA) asing berdekatan Pulau Jarak.
Pencerobohan kapal China, mana APMM dan TLDM? - ADUN Serembu
Beliau sudah membangkitkan isu tersebut berulang kali kepada kerajaan negeri kerana ia merupakan perkara serius dan melibatkan kedaulatan serta keselamatan negara.
APMM tahan 15 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara
Kesemua mereka dipercayai warga Vietnam berusia 20 hingga 50 tahun didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
APMM tingkat rondaan, pemantauan perairan negara sepanjang Aidilfitri
Seramai 175 anggota dan pegawai akan ditugaskan melalui Op Pagar Laut sepanjang tempoh itu.