Polis sedang memburu seorang pemuda yang dipercayai menikam bapa saudaranya sehingga mati.

Mangsa yang berusia 32 tahun ditemui mati ditikam dengan senjata tajam di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, kira kira jam 4.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa ditemui oleh adik iparnya sebelum memaklumkan kejadian kepada anggota keluarga yang lain.


Mereka kemudian membawa mangsa ke Hospital Sungai Buloh, namun disahkan telah meninggal dunia kira kira jam 5.15 petang.

"Sejurus tiba di hospital mangsa menerima rawatan di zon merah sebelum doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat tikaman senjata tajam di badan," katanya dalam satu kenyataan.

Suspek pula dikatakan menghilangkan diri sejurus kejadian.

Kes kini disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Sejurus tiba di hospital mangsa menerima rawatan di zon merah sebelum doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat tikaman senjata tajam di badan," katanya dalam satu kenyataan.