Seorang lelaki berusia 49 tahun yang menjadi mangsa jangkitan virus rabies di Sarawak disahkan meninggal dunia, hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mangsa meninggal dunia pada 3.57 petang tadi di Hospital Umum Sarawak (HUS) disebabkan Encephalitis Rabies.
Dalam kenyataan beliau berkata kematian baharu kes rabies itu menjadikan jumlah kematian adalah 11 daripada 12 kes yang telah disahkan rabies dalam kalangan manusia di negeri berkenaan sejak ia diisytiharkan wabak pada 30 Jun 2017 dengan kadar kematian 91.7 peratus.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata terdapat seorang lagi pesakit berusia 44 tahun dari Kuching, Sarawak yang disyaki dijangkiti virus rabies telah dimasukkan ke wad HUS pada Khamis lepas.
"Berdasarkan maklumat yang diterima, beliau tidak mempunyai sejarah digigit anjing atau haiwan lain, namun pernah memukul seekor anjing liar yang telah menggigit isterinya pada 13 Jan 2018.
Ketika itu, pesakit mempunyai luka terbuka di tangan kanan beliau. Dilaporkan bahawa anjing tersebut kemudiannya telah mati," katanya.
Kata Dr Noor Hisham, pesakit terbabit tidak menerima sebarang rawatan walaupun telah membawa isterinya ke hospital untuk rawatan dan vaksinasi.Bagaimanapun pesakit mula mengalami sakit di tangan kanan dan telah mendapatkan rawatan pesakit luar pada 6 Ogos, katanya.
Keadaan pesakit bertambah teruk sejak 11 Ogos dan mengalami gejala kebas dan lemah tangan kanan, tidak boleh bergerak, ketegangan di leher dan hidrofobia.
Dr Noor Hisham berkata ujian ke atas sampel klinikal dijalankan untuk mengesahkan punca dan penyakit yang dihidapi.
Dalam kenyataan itu, beliau mengingatkan orang awam untuk mengambil langkah pencegahan jangkitan rabies termasuk mencuci bahagian tubuh yang digigit dengan air mengalir dan sabun selama 15 minit bagi menghilangkan kesan air liur.
Selain itu, orang awam perlu mendapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital terdekat jika digigit anjing atau haiwan yang agresif. -- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 18 2018
NOOR HISHAM: Ujian ke atas sampel klinikal dijalankan untuk mengesahkan punca dan penyakit yang dihidapi.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Sarawak perlu lebih ramai pakar bedah plastik
Setakat ini Unit Kebakaran Hospital Umum Sarawak mempunyai wad pengasingan dengan 10 katil yang diuruskan oleh hanya empat pakar bedah plastik.
The Meditel lengkapi kemudahan Hospital Umum Sarawak, kini beroperasi sepenuhnya
Terdapat beberapa kemudahan yang telah dinaik taraf bagi memudahkan kakitangan hospital dan orang awam.
Jari pekerja tersepit pada mesin penggelek tepung diselamatkan bomba
Seorang pekerja kedai roti mengalami detik cemas selepas jarinya tersepit mesin penggelek tepung di sebuah kilang di Jalan Muara Tuang, Kuching pada Jumaat.
James Jemut Masing positif COVID-19, kini dirawat di HUS
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif COVID-19.
Pasangan kekasih berusia 16 tahun ditahan disyaki buang bayi dalam bakul motosikal
Polis menahan pasangan kekasih bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi di Kampung Siol Kandis, Kuching pada Khamis.
Openg Onn, bekas editor Bernama meninggal dunia
Bekas editor Bernama, Openg Onn Net, 62, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak setelah beberapa bulan menderita penyakit kanser.
Sarawak mula vaksin remaja 15 hingga 17 tahun minggu depan
Sarawak akan memulakan pemberian vaksin bagi remaja berumur 15 hingga 17 tahun bermula minggu hadapan.
Insiden tembakan TUDM: Polis klasifikasikan sebagai kes bunuh
Polis Sarawak mengklasifikasikan insiden tembakan melibatkan empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kem Skuadron 330 TUDM di Kota Samarahan, sebagai kes bunuh.
Remaja menyamar doktor di PPV tidak pernah lakukan pemvaksinan
Penyamar itu tidak pernah disenaraikan dalam jadual bertugas rasmi yang ditetapkan untuk semua petugas Kementerian Kesihatan dan para sukarelawan di PPV Stadium Perpaduan.
Remaja mengaku bersalah menyamar jadi doktor di PPV
Remaja berusia 20 tahun itu menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Umum Sarawak sebanyak 32 kali antara 15 Jun hingga 1 Julai lalu.