Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat mendadak apabila lima daerah di negeri itu di landa banjir hari ini.
Menurut Urusetia Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Lt Kol (APM) Che Adam A Rahman, sehingga jam lima petang tadi sejumlah 1,321 mangsa daripada 362 keluarga ditempatkan di 26 pusat pemindahan.
Dia yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam negeri berkata daerah Hulu Terengganu merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 849 mangsa daripada 251 keluarga ditempatkan di 15 pusat pemindahan.
Di Marang, enam pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan 222 mangsa daripada 52 keluarga.
Sementara di Besut empat sekeluarga dari Felda Tenang ditempatkan pusat pemindahan Gerakan Desa Wawasan.
Tiga pusat pemindahan turut dibuka di daerah Setiu bagi menempatkan 214 mangsa daripada 51 keluarga.
Manakala di daerah Dungun 32 mangsa membabitkan 7 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan.
Jumlah mangsa di seluruh Terengganu dijangka terus meningkat berikutan keadaan hujan berterusan hingga lewat petang.
Sharom Abu Bakar
Sat Dec 31 2016
Anggota Bomba dan Penyelamat menyelamatkan dua remaja yang cuba meredah arus deras untuk keluar dari rumah mereka yang dinaiki banjir di di Kampung Kolam, Hulu Terengganu hari ini
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua keluarga di Felda Neram 2 berdepan detik cemas tanah runtuh
Dua keluarga di Felda Neram 2, di sini berdepan detik cemas apabila tanah di belakang rumah mereka runtuh secara tiba-tiba.
Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hilang, dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Tok Hakim, dekat sini pada petang Rabu.
Pesara bungkus perabot elak terkena banjir
Moh Norddin Ahmad, 60, berkata idea kreatif itu sudah dilakukan pada tahun lepas dengan membungkus kereta Proton Persona dan sebuah motosikal menerusi kaedah yang sama.
Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, Johor dan Sabah bermula hari ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di seluruh Kelantan dan Terengganu, hari ini.
Kelantan, Terengganu, Selangor kembali banjir, Perak pulih
Tiga negeri kembali dilanda banjir apabila beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kelantan, Terengganu dan Selangor.
Kemuka borang bantuan banjir palsu, bekas pengerusi JPKK didenda RM5,000
Seorang warga emas didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan mengemukakan borang bantuan banjir yang mengandungi butiran palsu, tahun lepas.
Banjir Terengganu: Warga emas ditahan cabul kanak-kanak di PPS
Dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir di Kuala Nerus mendakwa menjadi mangsa amang seksual seorang warga emas.
Banjir Terengganu: 34 sekolah ditutup
Sebanyak 34 sekolah membabitkan enam daerah di Terengganu terpaksa ditutup pada Rabu kerana dinaiki air dan sebahagian dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS).
Banjir: Lebih 5,000 mangsa berlindung di 38 PPS di Terengganu, Kelantan, Perak
Seramai 5,202 mangsa banjir berada 38 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri terjejas iaitu Terengganu, Kelantan dan Perak setakat 8 pagi ini.
Banjir Terengganu: TNB tutup bekalan elektrik di sekitar Gong Badak
Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertindak menutup bekalan elektrik di sekitar Gong Badak dekat Kuala Nerus setelah paras banjir yang semakin meningkat.