awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Terengganu: TNB tutup bekalan elektrik di sekitar Gong Badak

Bernama
Bernama
21/11/2023
12:05 MYT
Banjir Terengganu: TNB tutup bekalan elektrik di sekitar Gong Badak
Sekumpulan kanak-kanak meredah banjir di Kampung Gong Baru di Kuala Terengganu selepas kawasan berkenaan dinaiki air hari ini. - Gambar/ Bernama
KUALA TERENGGANU: Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertindak menutup bekalan elektrik di sekitar Gong Badak dekat Kuala Nerus setelah paras banjir yang semakin meningkat.
Menerusi makluman di laman Facebooknya hari ini, TNB memaklumkan penutupan bekalan elektrik di kawasan itu menyebabkan dua lokasi iaitu Taman Desa YT dan Taman LG Utama terputus bekalan elektrik sepenuhnya.
"Langkah itu terpaksa diambil bagi memastikan keselamatan penduduk terutama pengguna setempat terjamin," menurut hantaran itu.
Menurut TNB, sekiranya banjir bertambah buruk, berisiko serta membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di cawangan terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna setempat.
Selain itu TNB juga menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dalam keadaan hujan lebat dan berisiko banjir.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir terengganu
#TNB
#bekalan elektrik
#Gong Badak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan