Cadangan menutup jalan di ibu negara bagi membenarkan ‘mat motor’ atau 'mat rempit' berlumba perlu dikaji secara mendalam dan terperinci.
Ia berikutan pendekatan itu dilihat boleh menjejaskan keselamatan serta menimbulkan banyak masalah.
Menteri pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, aktiviti perlumbaan di jalan raya perlu memenuhi syarat keselamatan yang ditetapkan serta kesan penutupan laluan di kawasan tertentu terhadap pengguna jalan raya.
BACA: Lumba 'halal': Biarlah saya berjumpa dengan Tengku Adnan - Ketua Polis Negara
BACA: Lumba 'halal': Mereka lebih suka buat sesuatu yang dilarang - Pakar Psikologi
BACA: Tutup jalan untuk mat motor: Perhalusi segenap aspek sebelum dilaksana - Lee Lam Thye
Menurut Liow, pihaknya tidak akan memberikan kelulusan sewenang wenangnya dan keputusan megenainya wajar dibuat secara rasional.
Menurutnya, aktiviti terbabit lebih sesuai dijalankan di lokasi yang sesuai terutama di Litar Sepang yang menyediakan kemudahan lebih selamat.
"Paling mustahak jika cadangan itu dilaksanakan, pihak terlibat perlu mengenal pasti penutupan kawasan-kawasan tertentu untuk aktiviti perlumbaan di jalan raya perlu memenuhi syarat keselamatan yang ditetapkan.
"Saya rasa semua pihak perlu tahu menunggang motosikal dengan laju boleh membunuh jadi cadangan itu perlu dikaji dengan mendalam...keselamatan penunggang amat penting dan pendapat saya lebih elok sekiranya mereka pergi ke tempat yang lebih selamat contohnya ke litar F1 di Sepang kerana kalau menunggang secara laju di bandar raya adalah tidak digalakkan," katanya selepas merasmikan Karnival Chap Goh Mei di Kampung Cina di sini pada Jumaat.
Baru-baru ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membuat cadangan supaya beberapa jalan ditutup pada hari tertentu bagi membolehkan 'mat motor' berlumba secara sah.
Ditanya mengenai kenyataan Ketua Polis Negara Tan Dri Khalid Abu Bakar untuk mengheret mereka yang memandu tanpa lesen ke mahkamah, beliau berkata cadangan itu sangat bernas.
"Ini bukan soal hendak denda rakyat Malaysia, tetapi kita sayang rakyat Malaysia dan penguatkuasaan seperti ini diharap mampu mendidik masyarakat untuk mematuhi undang-undang jalan raya," katanya.
Astro Awani
Sat Feb 27 2016
Menurut Liow, pihaknya tidak akan memberikan kelulusan sewenang wenangnya dan keputusan megenainya wajar dibuat secara rasional. - Gambar Fail
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRU15: 'Perubahan situasi hari ini menakjubkan, membuka mata saya' - Tiong Lai
Tiong Lai antara lain menjelaskan persepsi terhadap 'partinya' kini bertukar 180 darjah dalam tempoh sehari selepas PRU15.
PRU15: Rara berjaya tawan Bentong
Young Syefura Othman dari Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan kerusi Parlimen Bentong meskipun bersaing sengit dengan pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), Tan Sri Liong Tiow Lai.
PRU15: 'Sakit hati tengok Bentong ke belakang, rakyat tidak akan tertipu kali kedua' - Tiong Lai
Liow Tiong Lai yakin mampu membawa pembangunan di kawasan itu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.
PRU15: Young Syefura sah bertanding kerusi Parlimen Bentong
Beliau dijangka berdepan saingan sengit daripada bekas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dikatakan mahu merebut semula kerusi terbabit.
PRU15: Parlimen Bentong bakal jadi kerusi panas?
Parlimen Bentong menjadi kerusi selamat buat MCA selama 13 PRU sebelum dirampas DAP pada tahun 2018.
PRU15: MCA sokong penuh pencalonan Liow rampas kembali Parlimen Bentong
MCA menyokong penuh pencalonan bekas Ahli Parlimen Bentong Tan Sri Liow Tiong Lai untuk merampas kembali kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Acryl Sani, Nor Shamsiah, Azam Baki, Hadi Awang dianugerah gelaran Tan Sri
Seramai 19 individu menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri.
BN belum terima permohonan rasmi MCA keluar parti
Barisan Nasional menghormati keputusan dibuat parti-parti teras dan apa pun keputusan mesti dibuat secara rasmi untuk tindakan selanjutnya.
Tiong Lai tidak mampu menahan deraian air mata
Dalam ucapan terakhirnya sebagai presiden, Tiong Lai zahirkan penghargaan kepada mereka yang membantu mengembangkan karier politiknya.
Wee Ka Siong presiden baharu MCA
Satu-satunya wakil rakyat MCA di Dewan Rakyat itu, memperoleh 447 undi dan mengatasi saingan terdekatnya Ketua MCA Bahagian Kluang, Gan Ping Sieu yang memperoleh 182 undi.