'Makcik rasa arwah masih hidup lagi' - Ibu mangsa nahas Lebuh AMJ sebak

'Makcik rasa arwah masih hidup lagi' - Ibu mangsa nahas Lebuh AMJ sebak
Halimatun antara lima sekeluarga yang meninggal dunia dalam nahas dua 4WD di Lebuh AMJ. -Gambar fail
PASIR SALAK: "Makcik rasa arwah masih hidup lagi, memang tak sangka dia akan pergi selama-lamanya," demikian luahan ibu mangsa maut kemalangan di Melaka, Halimatun Aris Padil, 24.

Jamilah Mohamed Mokhtar, 62, ketika ditemui Bernama berkata kali terakhir dia bertemu dengan mangsa pada Khamis lepas di kediamannya di Changkat Tin di sini.

"Makcik dapat tahu (mengenai kemalangan) kira-kira pukul 1 pagi tadi, memang tak sangka dia pergi dulu.

"Kali terakhir makcik bertemu dengannya, arwah tak tunjuk apa-apa perubahan macam biasa sahaja berborak dengan kami sekeluarga cuma arwah ada mengajak makcik tidur di rumahnya di Seri Iskandar," katanya dalam nada sebak.
BACA: Enam termasuk lima sekeluarga maut kenderaan bertembung

BACA: 'Seperti mimpi, semalam bertemu, hari ini sudah tiada'

BACA: Ibu tidak sangka telatah anak petanda mereka akan pergi buat selamanya



Jamilah berkata mangsa anak bongsu dari empat beradik itu bekerja sebagai kerani di Felcra Nasaruddin, Bota dekat sini.

Mangsa yang baharu berkahwin dengan Azhar Ahmad, 57, pada Disember tahun lepas bagaimanapun belum lagi mempunyai cahaya mata.

Halimatun selamat disemadikan kira-kira pukul 12 tengah malam ini di Tanah Perkuburan Islam Changkat Tin.

Terdahulu, jenazah Halimatun tiba dari Hospital Melaka kira-kira pukul 11.30 malam pada Sabtu.

--BERNAMA