Gagasan Malaysia Baharu lahir daripada salah satu cabang pengertian hijrah, apabila rakyat Malaysia bersama-sama berganding bahu menolak pengamal dan pendukung rasuah, kleptokrasi serta nepotisme, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dalam Perutusan Maal Hijrah 1441 Hijrah malam Sabtu, Timbalan Perdana Menteri berkata tujuan penolakan itu bukanlah semata-mata disebabkan perseteruan politik tetapi semangat dan cita-cita ingin melihat sebuah kerajaan yang bersih daripada amalan songsang yang menyusahkan rakyat lalu menghancurkan negara.
"Inilah jihad kita, iaitu berjuang memastikan hak-hak rakyat terbela dan tiada lagi penindasan sama ada secara lahiriah ataupun secara tidak langsung.
"Sesungguhnya perbuatan rasuah akan meruntuhkan sesebuah institusi masyarakat. Ia bukan sahaja perbuatan keji malah turut mengancam kestabilan negara.
"Sesebuah kerajaan yang gagal memerangi rasuah akan hanya mencipta kehancuran sesebuah negara," katanya.
Sehubungan itu, katanya, rakyat tidak harus bertoleransi walau sebesar zarah dengan mana-mana kesalahan rasuah.
Selain itu, Dr Wan Azizah berkata Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang mengamalkan perpaduan sebagai teras, sudah pasti menolak budaya extremisme dan perkauman yang akan menjejaskan keharmonian masyarakat.
"Maka memupuk semangat perpaduan berteraskan keharmonian dan muafakat haruslah disemai demi menjamin masa depan negara dalam meraikan semangat Malaysia Baharu.
"Saya seru untuk kita bersama-sama berganding bahu tanpa jemu dan putus asa untuk terus membina Malaysia Baharu dengan tema Maal Hijrah tahun ini 'Negara Rahmah Ummah Sejahtera'," katanya.
Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata tahun ini, Malaysia menyambut dua peristiwa keramat selang sehari iaitu Ulang Tahun Kemerdekaan Negara ke-62 hari ini dan kemudian Tahun Baharu Hijrah 1441 Hijrah, dan kedua-dua peristiwa itu amat besar ertinya kepada rakyat Malaysia amnya dan umat Islam khasnya.
"Kedua-dua perisitiwa mempunyai pengertian yang amat rapat dan saling berkait. Merdeka dalam erti kata sebenarnya adalah bebas daripada menjadi hamba atau pak turut kepada penjajahan sama ada penjajahan fizikal ataupun jiwa dan pemikiran.
"Hijrah juga turut membawa maksud yang sama iaitu keluar daripada belenggu jiwa dan jasad kepada kebebasan lalu bertindak menurut acuan Allah SWT," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 31 2019
DR WAN AZIZAH: Inilah jihad kita, iaitu berjuang memastikan hak-hak rakyat terbela dan tiada lagi penindasan sama ada secara lahiriah ataupun secara tidak langsung.
Bekerja sambil lewa mengkhianati amanah - Mufti P. Pinang
Jika seseorang pegawai atau pekerja tidak bersungguh-sungguh menunaikan pekerjaannya atau bekerja sekadar "melepaskan batuk di tangga" sahaja maka dia dikira mengkhianati amanah.
Faisal Halim semakin stabil
Faisal selesai jalani pembedahan kedua yang berlangsung selama tiga jam petang semalam.
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Intelektual wanita dominasi diaspora Malaysia, apa puncanya?
1.86 juta wanita Malaysia menetap di luar negara, mewakili 12 peratus daripada populasi wanita di Malaysia.
Raikan kehadiran Muharram dengan semangat hijrah demi perubahan - Anwar
Anwar menyeru agar kisah-kisah suci seperti yang ditonjolkan oleh Nabi dan sahabatnya dijadikan iktibar untuk membuka lembaran baharu.
Ronaldo dijangka kekal bersama Juventus - Cherubini
Pemain kebangsaan Portugal itu memasuki tahun terakhir kontrak empat tahun yang ditandatangani selepas berhijrah dari Real Madrid.
Perpindahan Ozil ke Turki 'belum ada yang pasti' - Arteta
Ozil, yang bakal tamat kontrak penghujung musim ini, telah dikaitkan dengan penghijrahan menyertai gergasi Turki.
Saya mahu Messi kekal di Nou Camp - Laporta
Messi, 33, bakal kehabisan kontrak pada penghujung musim ini, selepas meminta untuk berhijrah pada penghujung musim 2020-21,
Rodrygo tidak mahu jadi pengganti Neymar
Rodrygo adalah salah satu pemain muda yang paling menarik dalam bola sepak berikutan aksi cemerlang yang dipamerkan untuk juara LaLiga, Real Madrid.
Tanaman pokok jagung merah dapat permintaan tinggi
Zailani sama sekali tidak pernah menyesal apabila mengambil keputusan 'beralih angin' dengan berhijrah daripada bekerja sebagai pemandu lori selama 20 tahun, kepada menjadi petani sepenuh masa.
Zahirkan syiar agama, aspirasi hijrah dalam semangat kelaziman baharu - Zulkifli
Zulkifli berkata, perkara itu boleh diterapkan menerusi penghijrahan minda, semangat dan tekad dalam mengharungi kehidupan yang mencabar.
Silva disanjung dalam kemenangan tipis Manchester City
Pemain tengah veteran itu mungkin akan berhijrah akhir musim ini dengan kepulangan ke Sepanyol dilihat sebagai destinasi pilihannya sebelum dia mengakhiri kariernya yang gemilang.
Alunan 'Nothing Compares 2U' dalam 'versi baharu' Sinead O'Connor
Penyanyi asal Ireland yang popular sekitar tahun 80-an dengan imej berkepala botak itu mengejutkan ramai apabila mengumumkan dirinya memeluk agama Islam pada tahun lalu.