Nur Hayati Che Ahmad, 30, isteri naib mudir Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terselamat dalam kebakaran Khamis lepas, masih trauma serta sering termenung.
Menurut suaminya, Muhammad Azhari Mahmod, 40, isterinya yang sedang hamil dua bulan anak kelima mereka, turut memberitahunya yang dia masih terdengar-dengar suara anak-anak tahfiz terbabit yang menjerit kesakitan ketika kejadian.
"Ketika kejadian isteri sedang solat dan terdengar bunyi desiran gas serta terhidu bau yang tidak menyenangkan sebelum anak sulung memberitahu ternampak api di luar pintu yang menempatkan bilik asrama," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Muhammad Azhari dan isteri serta empat anak mereka yang kesemuanya perempuan menghuni satu ruang di tingkat tiga bangunan itu yang musnah dalam kebakaran berkenaan.
Nur Hayati serta anak mereka termasuk bayi berusia sembilan bulan diselamatkan anggota bomba sejurus kejadian.
Menurut Muhammad Azhari ketika kejadian beliau dalam penerbangan pulang daripada mengerjakan ibadah haji dan hanya mampu berdoa akan keselamatan keluarganya apabila dimaklumkan tentang tragedi itu sebaik tiba di tanah air.
Katanya isteri dan anaknya Siti Nur Safiyah, 2, kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur sebelum dibenarkan pulang sehari kemudian.
"Isteri dan kesemua anak saya diselamatkan pelajar dan bomba. Saya bersyukur kesemua mereka termasuk anak bongsu, Siti Nur Afifah yang baru berusia sembilan bulan dipelihara Allah. Cuma anak saya yang berusia dua tahun masih batuk-batuk," katanya yang berasal dari Kelantan.
Muhammad Azhari berkata anak sulungnya Siti Nur Fatimah,12, yang menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada hari kejadian, terpaksa meminjam baju daripada anggota keluarga yang lain kerana pakaian sekolahnya hangus terbakar.
"Alhamdulillah. Anak saya maklumkan dia mampu menjawab soalan peperiksaan dengan baik," katanya menambah mereka sekeluarga kini tinggal di sebuah rumah di Keramat.
Dalam kejadian 5.15 pagi itu, 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz tersebut terkorban selepas terperangkap dalam kebakaran di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 17 2017
Jenazah-jenazah mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dibawa ke Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah bagi proses pengebumian, 15 Sept, 2017. - Gambar fail
Faisal Halim mula berjalan, mahu balik - Shahril
Pemain Selangor FC, Faisal Halim, yang menjalani pembedahan ketiga petang semalam, terus menunjukkan reaksi positif.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH punyai sedikit kelebihan berbanding PN - Ilham Center
Dengan majoriti etnik Melayu tersudut kepada PN, dan majoriti etnik Cina di pihak PH, maka pengundi India boleh diletakkan sebagai penentu.
Pelayar warga Sweden ditemukan maut
Seorang pelayar warga Sweden ditemukan maut di kapal layar miliknya yang berlabuh berhampiran perairan Kampung Patau-Patau.
[TERKINI] Tan Sri Azam Baki dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM tempoh setahun
Agong perkenan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 12 Mei 2024.
Wanita mengaku salah menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.
Keputusan pengisytiharan gencatan senjata kini di tangan Israel - Hamas
Hamas menegaskan kuasa dan keputusan penuh kini berada di tangan Israel selepas rundingan gencatan senjata terbaharu di Kaherah, Mesir tidak mencapai sebarang persefahaman.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian dua minggu lagi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akses tersebut diberikan melalui perkomputeran awan dan dikoordinasikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Malaysia perlu bina ekosistem AI, rencana pendidikan - PM
Perdana Menteri berkata perlu wujud perancangan segera membabitkan sistem pendidikan negara bermula daripada pendidikan awal hingga ke institusi pengajian tinggi bagi membina ekosistem AI.
[TERKINI] Yang di-Pertua Dewan Negara meninggal dunia
Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) jam 11.46 pagi, sebentar tadi.
AWANI Ringkas: Pengerusi SPR pegang jawatan sehingga 66 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Rompin rekod bacaan IPU tidak sihat
Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan pada 11 pagi tadi menunjukkan satu stesen mencatatkan kualiti udara pada tahap tidak sihat iaitu di Stesen Rompin, Pahang disebabkan kebakaran setempat.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
Tujuh blok rumah pekerja kilang di Kalabakan musnah terbakar
Tujuh blok rumah pekerja kilang papan yang mempunyai keseluruhan 130 pintu musnah dalam kebakaran di Jalan Brantian, Kalabakan awal pagi tadi.
JAS, Kualiti Alam pantau udara di lokasi kebakaran kimia
Penyiasatan tambahan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran.
Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera
Kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut yang mengandungi kelengkapan rumah seperti almari, sofa, katil dan tilam.
Gudang sisa bahan kimia di Bukit Pelanduk musnah dalam kebakaran
Gudang di Pusat Kualiti Alam tersebut berkeluasan 100x100 kaki persegi itu musnah sama sekali.
Lelaki warga emas maut dalam kebakaran di Klang
Seorang lelaki warga emas maut manakala adiknya terselamat dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah Kelas C, di Jalan Kereta Api Lama Batu 9, Klang, Selangor malam tadi.
14 rumah musnah dalam kebakaran di Nabawan
Pasukan bomba daripada BBP Sook, Keningau dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 89km selepas menerima panggilan pada 9.16 pagi.