Kerajaan negeri Melaka telah mengaktifkan jentera bantuan banjir bagi menyelaras dan memantau bencana berkenaan yang melanda beberapa kawasan di negeri ini terutama di Durian Tunggal di Alor Gajah dan Tehel di Jasin.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata misi bantuan banjir berkenaan akan dipengerusikan sementara oleh Pegawai Kewangan negeri Datuk Roslan Ibrahim kerana Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Naim Abu Bakar sedang bercuti.
"Kita telah bersiap sedia dan empat kawasan pemindahan banjir di Durian Tunggal telah dibuka setakat ini dan jumlah mangsa yang dipindahkan agak ramai mungkin kerana ramai yang beraya di kampung.
"Banjir ini berlaku kerana hujan turun lebih empat jam sejak dua hari kebelakangan ini dan menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Othman Muhamad di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata bantuan banjir akan diagihkan kepada mangsa yang terlibat pada Khamis atau Jumaat ini selepas kerja penyelarasan dilaksanakan sepenuhnya.
Katanya penduduk di negeri ini terutama di kawasan yang kerap berlaku banjir disaran sentiasa berhati-hati dan bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan banjir di kawasan mereka ekoran hujan lebat berterusan melebihi beberapa jam.
Idris berkata mereka juga diharap mengawasi pergerakan anak-anak bagi mengelak berlaku sebarang tragedi atau kemalangan yang boleh meragut nyawa kerana aliran deras mungkin berlaku terutama di kawasan saliran atau parit.
"Kita harap ibu bapa atau masyarakat sentiasa memantau perkembangan cuaca dan berada dalam keadaan bersiap sedia. Letakkan barangan berharga di tempat yang selamat sebagai langkah awal bagi mengelak kemusnahan harta benda," katanya.
Seramai 149 mangsa banjir kilat di Alor Gajah dan Jasin ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara berikutan hujan lebat yang melanda sejak tengah malam tadi sehingga menyebabkan air Sungai Durian Tunggal, Sungai Melaka dan Sungai Tehel melimpah dan membanjiri lima kawasan di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2017
Mangsa banjir kilat di Alor Gajah dan Jasin ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara berikutan hujan lebat yang melanda sejak tengah malam tadi sehingga menyebabkan air sungai melimpah. - Gambar fail
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
'Masuk rumah rasa lain' - Terkesan pemergian nenek, Zizan Razak jarang beraya di Terengganu
Anggap raya sebagai waktu berehat, Zizan bagaimanapun memberitahu dia mungkin akan pulang ke pantai timur hanya untuk berjumpa bapanya