MELAKA:Kerajaan Melaka menutup sementara Pulau Besar daripada sebarang aktiviti dan kunjungan orang awam bermula semalam (28 Okt) sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak, bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 dan mencegah wujudnya kluster baharu.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata arahan itu selari dengan keputusan mesyuarat majlis keselamatan negeri baru-baru ini yang melarang sama sekali sebarang perjumpaan berskala besar melebihi 50 orang dalam satu-satu masa.
"Sebelum ini kita sudah buat pembersihan bersepadu di Pulau Besar dan dalam tempoh kita menyambut Maulidur Rasul, kita tidak mahu ada kluster baharu sekiranya terdapat mana-mana kehadiran pengunjung dari negeri Zon Merah.
"Buat masa ini semua aktiviti di situ akan ditangguhkan dan begitu juga dengan pulau-pulau lain yang ada di sekitar negeri ini seperti Pulau Upeh, juga tidak dibenar diadakan perjumpaan berskala besar," katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Ziarah Prihatin Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1442H di sini, hari ini.
Sementara itu Sulaiman berkata kerajaan negeri akan memberi tumpuan kepada usaha membantu rakyat mendepani pelbagai isu COVID-19 dalam pembentangan Belanjawan 2021 negeri Melaka nanti.
"Sudah tentu rakyat mahukan yang terbaik kerana banyak negeri dan negara lain yang terkesan disebabkan COVID-19, namun kerajaan negeri yang ada pada masa ini akan memastikan keperluan dan kebajikan rakyat akan diberi perhatian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 29 2020
Arahan itu selari dengan keputusan mesyuarat majlis keselamatan negeri baru-baru ini yang melarang sama sekali sebarang perjumpaan berskala besar melebihi 50 orang dalam satu-satu masa. - Gambar Fail
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Keindahan bunga 'sakura' bakal warnai Pulau Besar
Landskap Pulau Besar yang selama ini boleh dianggap "membosankan" bakal diceriakan dengan kehadiran bunga "sakura" Malaysia.
Pulau Besar dan Pulau Sibu di Mersing bakal dinaik taraf libat RM200 juta
Pulau Besar dan Pulau Sibu di Mersing yang merupakan antara destinasi terkenal tumpuan pelancong bakal dinaik taraf daripada segi kemudahan air dan utiliti dengan melibatkan peruntukan RM200,000 juta.
Pulau Besar Melaka hendak dijual kepada Singapura? Ketua Menteri tampil dengan penjelasan
Kerajaan negeri Melaka menafikan dakwaan bakal menjual pemilikan Pulau Besar kepada syarikat swasta dari Singapura untuk dibangunkan.
Pulau Besar akan kekal 'syirik' jika tidak dibangunkan
Kerajaan negeri yakin penjenamaan semula Pulau Besar di sini, akan melenyapkan panggilan 'Pulau Syirik' yang sering terkenal dengan aktiviti khurafat di negeri ini.
Melaka tubuh unit penguatkuasaan tetap perangi amalan khurafat di Pulau Besar
Penubuhan unit khas yang akan bermastautin di Pulau Besar itu amat penting agar pihak berkuasa akan dapat mengambil tindakan tegas secara konsisten terhadap mereka yang masih degil.
Nikmat indah taburan pulau bak permata di perairan Mersing
Kunjungan ke beberapa buah permata berharga di perairan Johor khususnya di daerah Mersing membuka mata tentang potensi pelancongan pulau di negeri itu.
Projek 'monopole' TNB bawa peluang pelaburan ke Pulau Besar
Pulau Besar, Melaka kini mempunyai potensi yang lebih besar untuk menarik pelabur dalam pelbagai sektor. Ia dengan siapnya projek bekalan elektrik melalui talian penghantaran atas oleh TNB.