Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyaran umat Islam di negara ini agar mencontohi amalan hidup yang baik rakyat Jepun.
Beliau memberi contoh tandas awam, kedai makan atau tempat riadah di negara matahari terbit itu sentiasa bersih kerana mereka mengamalkan gaya hidup sihat dan berkualti.
"Pergi ke mana sahaja di Jepun, kita dapat melihat semua dijaga malah jika kita tertinggal barang di sesuatu tempat, nescaya barang tersebut masih berada di tempatnya apabila kita kembali untuk mengambilnya. Ini menunjukkan mereka amanah.
"Amalan masyarakat Jepun ini memenuhi sebahagian tuntutan ajaran Islam yang patut kita merasa malu kerana tidak mengamalkannya," kata Mohd Asri dalam ceramah mingguannya di Masjid Alwi di sini, malam tadi.
Katanya beliau melihat sendiri cara hidup dan budaya masyarakat Jepun semasa menyertai lawatan kerja bersama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra ke Tokyo, baru-baru ini.
Mohd Asri berkata untuk mendakwah rakyat Jepun, orang Islam khususnya rakyat Malaysia perlu mengamalkan cara hidup sebenar yang dianjurkan oleh Islam atau kemungkinan mereka akan termalu sendiri.
"Di negara kita masyarakat Islam sendiri sanggup mencuri duit tabung masjid apatah lagi jika terjumpa barang berharga milik orang lain. Walaupun sikap ini hanya membabitkan segelintir umat Islam ia menjadi sukar untuk kita menarik orang bukan Islam menganut agama Islam," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2017
Mohd Asri berkata untuk mendakwah rakyat Jepun, orang Islam khususnya rakyat Malaysia perlu mengamalkan cara hidup sebenar yang dianjurkan oleh Islam atau kemungkinan mereka akan termalu sendiri. - Gambar fail
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Makna, hikmah dan rahsia malam lailatulqadar
Berdasarkan nas terdahulu, ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ia lebih baik daripada 1,000 bulan.
Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir al-Quran
Beliau berkata umat Islam dituntut memperbanyakkan tilawah al-Quran pada tiap Ramadan bagi meningkatkan darjat dan pahala.
Stoking tertera kalimah Allah: Pemilik akaun FB ditahan muat naik hantaran hina Islam
Individu berusia lingkungan 35 tahun itu ditahan di kawasan Cheras semalam dan direman selama empat hari hingga Ahad ini.
Semarakkan masjid dan surau, rapatkan ukhuwah di bulan Ramadan
Fahmi turut mengajak umat Islam meningkatkan amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sempena bulan penuh berkat ini.
Umat Islam seluruh negara tunai solat tarawih, imarahkan malam pertama Ramadan
Masyarakat Islam mengambil peluang memulakan bulan Ramadan yang penuh keberkatan dengan mengimarahkan masjid bagi menunaikan solat tarawih.
JAKIM pantau peruntukan untuk mualaf, pastikan program berimpak
JAKIM sentiasa komited memantau peruntukan yang disalurkan kepada setiap negeri terutama melibatkan golongan sasar seperti mualaf.
'Jangan membangun sambil merobohkan' - Anwar
Malaysia tidak berpandukan teori ekonomi barat, sebaliknya mengikut apa yang diterapkan Al-Quran iaitu nilai, etika dan moral dalam pembangunan.
Aktres Perancis Marine El Himer kongsi rasa teruja, dapat jejak kaki ke Tanah Suci
Marine berkongsi gambar dirinya mengenakan hijab sewaktu sedang menjalani ibadah umrah di tanah suci Mekah.
Hampir 90 peratus kes sulh berjaya diselesaikan pada 2023 - Mohd Na'im
Sebanyak 10,607 kes atau 88.98 peratus daripada 11,921 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara tahun lepas berjaya diselesaikan secara damai.