"Mujur majlis dah selesai!"
Demikian komen ringkas seorang ahli perniagaan, Siti Malinda Buchari,31 susulan kawasan perumahannya di Sungai Serai dilanda banjir lumpur.
Malinda berkata, jirannya menumpang memasang khemah di hadapan rumahnya untuk majlis perkahwinan anaknya.
"Sekitar jam 4.30 petang, hujan lebat dan berlaku banjir lumpur. Alhamdulillah majlis dah selesai dan segala kelengkapan sudah dikemas.
"Kalau tidak mungkin dihanyutkan air disebabkan air mencecah paras pinggang sebelum surut secara berperingkat," katanya.
Menurutnya, kawasan perumahan mereka sememangnya kerap dinaiki air namun tidak pernah masuk sehingga ke kawasan rumah.
"Cuma tadi sebab hujan lebat dan ada pula projek bina lebuh raya jadi kawasan kami terkena kesannya.
"Ada beberapa rumah sudah dimasuki air dan rumah saya turut terjejas di bahagian dapur," katanya.
Malinda berkongsi beberapa gambar keadaan banjir di kawasan perumahan mereka termasuk video pasangan pengantin meredah banjir untuk pulang ke rumah sepas selesai sesi fotografi.
Hujan lebat petang tadi mengakibatkan beberapa lokasi sekitar Ampang ditenggelami banjir kilat dan pokok tumbang antaranya Kampung Melayu Ampang, Taman Kosas, Ampang Utama dan Taman Melur.
Sinar Harian
Sun Nov 11 2018
Pasangan pengantin meredah banjir untuk ke rumahnya (kiri) serta keadaan banjir lumpur kesan hujan lebat petang tadi (kanan). -Foto Sinar Harian
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
MPAJ bantu pemilik lupus kenderaan terbiar secara percuma
MPAJ memaklumkan, pusat sehenti itu merupakan inisiatif baharu MPAJ dalam usaha membantu orang awam menguruskan kereta terbiar dan tidak digunakan lagi.
Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000
ACP Mohd Azam Ismail berkata, kesemua suspek ditahan susulan laporan seorang pemilik restoran.
Suami pengasuh ditahan amang seksual budak asuhan
Polis memberkas seorang lelaki dipercayai melakukan amang seksual terhadap budak asuhan yang dijaga isterinya di Pandan Indah.
Perkhidmatan LRT terus ke Masjid Jamek bermula esok
Operasi transit aliran ringan (LRT) dari arah Ampang/Sri Petaling dan Putra Heights akan meneruskan perkhidmatan sehingga Stesen Masjid Jamek bermula esok hingga 16 Feb ini.
Lelaki dicekup kes pecah rumah di Ampang
Polis Daerah Ampang Jaya menerima laporan pengadu yang mendapati pagar utama terbuka jam 3.30 petang pada hari kejadian.
Tiga hari 'tinggal' bersama mayat bekas kekasih, dua anak dalam rumah
Seorang wanita yang ditemui maut bersama dua anaknya di dalam bilik sebuah apartmen di Kampung Baru Ampang, Ampang di sini, pada Khamis.
Bumbung terbang, kereta dihempap pokok
Kejadian yang dilaporkan berlaku sekitar jam 4 petang Ahad itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Tujuh ditahan berhubung insiden gaduh di restoran Pandan Indah
Polis menahan tujuh lelaki berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an, bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan yang berlaku di sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang.
Lelaki serang peniaga guna gelas besi ditahan
Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai menyerang peniaga menggunakan gelas besi, dalam kejadian di sebuah medan selera pada Ahad.
'Tak sangka berubah jadi pendiam petanda Ammar tinggalkan kami'
Ammar merupakan seorang anak yang manja, ringan tulang dan bertanggungjawab dengan adik-beradiknya.