Negara akan berdepan dengan keadaan yang lebih teruk sekiranya kes positif COVID-19 meningkat secara mendadak, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sehubungan itu beliau mengingatkan rakyat agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, antaranya memakai pelitup separuh muka dan mengamalkan jarakan sosial bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
"Dalam keadaan kita rasa kita sudah menguruskan secara terbaik, masih ada berlaku (kes) dan terkini beberapa hari lalu kes COVID-19 meningkat. Dahulu dah turun ke paras satu digit dan naik pula ke dua digit, berdoalah jangan sampai tiga hingga empat digit.
"Apakah kita mahu ia kembali? Saya tidak fikir rakyat ingin kembali kepada keadaan kita mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga memaksa kita duduk di rumah, kilang kena berhenti (operasi), perniagaan tidak boleh diteruskan dan sekatan rentas negeri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Lembu Korban Hari Raya Aidiladha Parlimen Pagoh, di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata bagi mengelakkan perkara itu yang akan membawa kesan lebih buruk termasuk menjejaskan ekonomi negara, rakyat tidak mempunyai pilihan selain terus mematuhi arahan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.
"(Keadaan sebelum ini memaksa) sehingga kita memperuntukan pakej rangsangan Prihatin bernilai RM250 bilion iaitu satu jumlah yang tidak pernah disediakan oleh mana-mana kerajaan negara ini sebelum ini, bagi menguruskan masalah COVID-19 ini," katanya.
Pada majlis berkenaan Muhyiddin menyerahkan 74 ekor lembu yang disumbangkan pelbagai pihak, antaranya Tan Sri Muhyiddin Golf Charity, Yayasan Al-Bukhari dan orang perseorangan, kepada penduduk kampung dan agensi kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 30 2020
Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Lembu Korban Hari Raya Aidiladha Parlimen Pagoh, di sini hari ini.
Letupan bom Narathiwat: Ibu mengandung antara dua rakyat berdepan detik cemas
Dua rakyat Malaysia antara empat individu yang cedera dalam satu letupan bom di Narathiwat, yang berlaku pada 9.35 malam.
JDT kecewa Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih
JDT harap Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir dari perlawanan ini.
Kerajaan Kelantan salur RM300,000 untuk jemaah haji
Bantuan disalurkan menerusi Tabung Haji untuk membantu melancarkan urusan jemaah bagi Musim Haji 1445H/2024M.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji berlepas ke Tanah Suci
Kumpulan pertama 282 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci pada tengah malam tadi dengan penerbangan Malaysia Airlines.
Tiga remaja sesat di Gunung Keriang semasa cari batu kristal
Dua lagi pendaki menemui jalan keluar dan bergegas turun untuk meminta bantuan.
Faisal seorang yang ‘kebal’ - Ayah
Doa Abdul Halim buat anaknya tidak pernah putus selain berterima kasih kepada semua pihak yang turut prihatin dengan apa yang menimpa Faisal.
Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah
Mangsa yang juga OKU bisu ditemui maut dalam keadaan mulutnya ditampal pita pelekat manakala ibunya yang berusia 70 tahun luka pada jari kanan.
103 projek bekalan air Pahang libatkan kos RM121.2 juta telah disiapkan
Sebanyak 103 projek pembangunan bekalan air Pahang membabitkan kos sebanyak RM121.2 juta telah disiapkan setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Inndeks Harga Pengeluar Perkhidmatan naik 1.0 peratus pada suku pertama
IHPRP mencatatkan 115.8 mata pada suku pertama 2024 (S1 2024), meningkat satu peratus, yang sama seperti suku keempat 2023 (S4 2023), kata DOSM.
Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.
El Nino: Bekalan lembu, kambing korban mencukupi - Mohamad Sabu
Bekalan lembu dan kambing bagi keperluan sambutan Aildiladha adalah mencukupi biarpun negara berhadapan cuaca panas susulan fenomena El Nino.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
'Simple macam ni lagi okey' - Netizen komen penampilan Aina Abdul sambut Aidiladha
Aina memilih penampilan biasa iaitu jubah dan tudung berwarna hitam.
Tindakan bakar al-Quran di Sweden singgung perasaan 2 bilion umat Islam - Liga Arab
Menteri-menteri luar Majlis Liga Arab mengutuk sekeras-kerasnya jenayah kejam pembakaran naskhah Al-Quran di Stockholm, Sweden.
'Mustahil kembali ke Syria, mahu bina kehidupan lebih baik' - Pelarian
"Saya fikir mustahil untuk pulang ke kampung saya di al-Qusayr, Syria. Saya berharap dapat ke negara lain untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik terutama demi masa depan anak-anak."
Malaysia gesa kerajaan Sweden henti tindakan provokatif bakar al-Quran
Malaysia menyeru kerajaan Sweden untuk menghentikan memberi kelulusan kepada tindakan provokatif membakar al-Quran di Stockholm, Sweden, pada Rabu.
Cuaca panas teruk, Zul Ariffin tetap syukur dapat tunai haji
Pelakon, Zul Ariffin kini sedang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.
Tindakan tidak hormat, merosakkan al-Quran adalah jenayah di Rusia - Putin
Presiden Vladimir Putin menegaskan kitab itu adalah kitab suci buat umat Islam dan harus dianggap suci oleh semua.
Sultan Johor kurnia 100 lembu sempena Aidiladha
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 100 ekor lembu bagi ibadah korban sempena Aidiladha hari ini.
Kedutaan Malaysia agih daging korban di Jakarta sempena Aidiladha
Kedutaan Besar Malaysia hari ini menganjurkan majlis korban dengan tema, 'Berkongsi Keberkatan' dan mengagihkan daging sempena Hari Raya Aidiladha.