Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) diminta tidak memutarbelitkan isu Program Semaian Patriotisme Belia yang dicadangkan mereka berbanding Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat, Bastien Onn berkata, tindakan Patriot yang meragui Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam isu berkenaan juga seolah-olah mahu membangkit perasaan marah dan mengelirukan rakyat.
"Kita merasa pelik dengan kenyataan Patriot yang menganggap kenyataan Datuk Seri Hishammuddin sebagai tidak bertanggungjawab dan meragui kesetiaan Ahli Patriot.
"Adalah benar bahawa usaha dan pandangan Ahli Patriot itu bertentangan dengan hasrat kerajaan.
"Sebenarnya tidak timbul soal mempertikai semangat patriotisme atau kesetiaan kepada negara cuma Presiden Patriot ini perlu tahu bahawa PLKN merupakan usaha kolektif 10 kementerian dan agensi kerajaan dalam penghasilannya," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: Healthy Malaysians below 35 may join PLKN 2.0
BACA: 5,000 pelatih daftar PLKN setakat ini - JLKN
Bastien mengulas kenyataan Anggota Patriot, Mejar (B) Ismail Jr Feisol di dalam sebuah portal yang mengatakan kem PLKN dikendalikan 'seperti kem percutian' oleh jurulatih yang turut dipersoalkan semangat cintakan negaranya.
Selain itu, Presiden Patriot, Brig Jen (B) Mohamed Arshad Raji juga mahu menganjurkan bengkel untuk belia dan berikrar akan melakukan kerja yang lebih baik dalam menyemai semangat penyatuan dan cintakan negara (patriotisme) berbanding PLKN.
Mengulas lanjut, jelas Bastien, selain Kementerian Pertahanan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Belia dan Sukan, 1M4U dan lain-lain juga bekerjasama dalam program PLKN.
"Takkanlah mereka ini kurang patriotiknya berbanding ahli Patriot? Merekalah anggota dan kakitangan kerajaan hari ini yang bertungkus lumus menyediakan perancangan yang menyeluruh dari semua aspek.
"Saya juga merasa janggal apabila Patriot berpandangan bahawa program latihan PLKN ini lebih menyerupai kem percutian.
"Tidakkah mereka tahu bahawa persiapan dan keselesaan itu mendapat perhatian yang teliti semasa perbincangan pelaksanaannya. Ini bertujuan untuk memberi keyakinan kepada ibu bapa untuk melepaskan anak-anak mereka yang terpilih agar turut serta dan tiada wujudnya kebimbangan tentang aspek keselesaan dan keselamatan.
"Ini menunjukkan betapa kerajaan mengambil berat tentang pelajar-pelajar yang satu hari nanti akan menjadi masa depan kepada negara semasa kehadiran mereka di kem-kem latihan," ujarnya.
Apa yang lebih penting tegas Bastien, matlamat dan tujuan penubuhan PLKN ini dapat dicapai sepanjang tempoh latihan diadakan.
"Sementara tujuan utama bengkel Patriot adalah untuk menyemai semangat patriotisme, penyatuan dan kepimpinan kepada belia - bukankah ini semua merupakan perkara-perkata yang sudah menjadi asas kepada penubuhan PLKN?
"Malah PLKN akan melengkapkan pelajar-pelajar ini dengan beberapa kebolehan asas vokasional yang membolehkan mereka menjadi lebih praktikal dan tidak kaku dalam kehidupan seharian di masa hadapan.
"Selain itu aspek asas teknologi maklumat juga menjadi penerapan penting sepanjang keberadaan mereka di kem-kem latihan.
"Maka perlulah Patriot mendapatkan maklumat terkini tentang PLKN sebelum memulakan 'bengkel' mereka agar cadangan-cadangan mereka nanti tidak nampak sumbang dan terkebelakang," katanya.
Sebelum in, Datuk Seri Hishammuddin mempersoalkan motif Patriot mengkritik PLKN dan bertanya mengapa baru sekarang mereka timbulkan isu ini selepas kerajaan memberi ruang kepada semua pihak menyuarakan cadangan sebelum ini.
Beliau berkata Patriot bersikap dwistandard kerana tidak memberikan apa-apa cadangan sebelum ini, dan percaya mereka cuba mempengaruhi pemikiran anggota tentera supaya melawan kerajaan.
Astro Awani
Sun Feb 18 2018
Agak janggal apabila Patriot berpandangan bahawa program latihan PLKN lebih menyerupai kem percutian. - Gambar fail
Didakwa kembali rujuk dengan bekas suami, ini respons Puteri Sarah
Lebih menjengkelkan apabila segelintir pihak menggunakan berita palsu semata-mata untuk kepentingan diri.
Insiden letupan: Sungai Golok 'dikawal' kereta perisai, dron
Rondaan kereta perisai dan penggunaan dron menjadi usaha terkini Briged Tenggara bagi memastikan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok di sini berada pada tahap terbaik.
Apple dilapor bakal ganti iPhone 17 Plus dengan iPhone 17 Slim
Laporan sebelum ini menyatakan iPhone 17 akan menggunakan skrin
SPRM tidak berhasrat tahan Tun M
SPRM tidak berhasrat untuk menahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada aduan sogokan, salah guna jentera kerajaan - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini belum lagi menerima aduan rasmi mengenai wujud sogokan kepada pengundi dan salah guna jentera kerajaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN KKB.
Pengumuman pelaburan Google di Malaysia dalam masa terdekat - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan satu pengumuman berkenaan pelaburan Google di Malaysia akan dilakukan dalam masa terdekat.
Aksi Sumbangsih JDT, Selangor FC kekal Jumaat ini
Perlawanan Sumbangsih musim 2024/2025 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara JDT dan Selangor FC kekal Jumaat ini.
Kes serangan Akhyar, Faisal tiada kaitan - Polis
Polis berkata, tidak ada hubung kait antara kes samun Akhyar dan Faisal Halim yang disimbah asid.
Kes simbah asid: Tindakan melampau, tidak beradab jangan dibiarkan berulang
Tindakan melampau dan tidak beradab pihak yang terlibat menyimbah asid ke pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim sepatutnya jangan dibiarkan berulang lagi.
Remaja putus kaki nahas depan sekolah
Seorang remaja lelaki putus kaki kirinya selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Budiman di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, pada Isnin.
Patriot jangan putar belit isu PLKN - Bastien
Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) diminta tidak memutarbelitkan isu Program Semaian Patriotisme Belia yang dicadangkan mereka berbanding Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
KPWKM fokus lahirkan lebih ramai sukarelawan muda - Rohani
Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kementerian juga melaksanakan pelbagai program latihan sukarelawan bertujuan memberikan ilmu dan kemahiran yang relevan kepada generasi muda.
Kempen perangi wabak denggi 2014: Apakah peranan anda?
Lebih 2.5 bilion orang, merangkumi lebih daripada 40 % daripada penduduk dunia kini, berisiko tinggi menghidapi demam denggi. Kempen perangi denggi berleluasa namun jumlah kes semakin meningkat
Konsert Permata Seni tawan Istana Budaya
Konsert Permata Seni 2013 berjaya menawan pentas Istana Budaya dengan pementasan berbentuk muzikal menggabungkan 158 kanak-kanak Permata Seni.
Perdana Menteri sertai aktiviti 'My Beautiful Malaysia' di Kampung Taman Medan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa memeriahkan beberapa aktiviti sempena pelancaran My Beautiful Malaysia bersama penduduk di Kampung Taman Medan di sini.