Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berhubung ugutan bunuh yang diterima seorang pembantu petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Sembilan pada penamaan calon, 28 April lalu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak boleh dipandang ringan dan tidak boleh dikompromi lebih-lebih lagi ugutan itu membabitkan petugas SPR yang bertanggungjawab melaksanakan sistem demokrasi.
"Saya telah menyatakan kita tidak boleh berkompromi jika erti menterjemah demokrasi ini dilakukan dengan cara kekasaran apatah lagi ugutan bunuh (terhadap) pegawai SPR kerana mereka adalah pegawai awam.
"Mereka (pegawai SPR) hendaklah diberikan kepercayaan sepenuhnya untuk melaksanakan tugas mengikut Akta SPR dan Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kampung Sungai Sumun dekat Hutan Melintang di sini.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, mengulas laporan akhbar semalam berhubung ugutan bunuh ke atas seorang petugas SPR berusia 36 tahun dan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau, Selasa lalu.
Ahmad Zahid berkata polis boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
"Saya meminta kepimpinan parti di semua peringkat sama ada parti kerajaan mahu pun pembangkang untuk memberitahu jentera dan ahli mereka atau pihak yang membantu untuk kempen parti supaya mematuhi peraturan mengikut Akta SPR," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu May 03 2018
Ahmad Zahid berkata polis boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. - BERNAMA/Fail
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Rumah terbuka Aidilfitri meriah, erat hubungan kaum
Kemeriahan sambutan Aidilfitri hari ini bukan hanya dirasai umat Islam di negara ini malah turut diraikan masyarakat berbilang kaum menerusi penganjuran rumah terbuka.
KL, Negeri Sembilan catat peningkatan pembaziran makanan pada Ramadan 2023
Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan direkodkaan sebagai dua negeri yang mencatatkan peningkatan pembaziran makanan pada bulan Ramadan tahun lalu.
Aminuddin nafi campur tangan tamatkan kontrak Zaquan Adha
Menteri Besar Negeri Sembilan menafikan masuk campur tangan dalam keputusan menamatkan kontrak bekas kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Radzak.
Zakat fitrah Negeri Sembilan RM7, RM12.50, RM22
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menetapkan tiga kadar zakat fitrah iaitu RM7, RM12.50 dan RM22 pada tahun ini.
Negeri Sembilan capai sasaran, catat pelaburan RM10.1 bilion tahun lepas - Aminuddin
Berdasarkan rekod kelulusan MIDA, pelaburan pada 2023 menunjukkan lonjakan 13 peratus berbanding RM8.9 bilion pada tahun sebelumnya.
Beberapa enakmen berkaitan agama Islam di Negeri Sembilan akan dipinda - Tuanku Muhriz
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini bertitah beberapa enakmen berkaitan agama Islam di negeri ini akan dipinda.
Negeri Sembilan setuju terima geran RM500,000 daripada KBS
Negeri Sembilan bersetuju menerima geran berjumlah RM500,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menaik taraf sistem perparitan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Songket 'bunga lado' serlah identiti Negeri Sembilan
Setelah 26 tahun, songket Negeri Sembilan akan dihidupkan semula dengan bermotifkan 'Bunga Lado' yang merupakan antara sembilan identiti di negeri ini.
N. Sembilan akan rujuk ketetapan jawatankuasa khas dalam perkasa undang-undang syariah - MB
Setakat ini, tiada keperluan mewujudkan jawatankuasa di peringkat negeri bagi membincangkan perkara berkenaan.
PPNNS optimis Negeri Sembilan kekal jadi negeri sifar miskin tegar tahun ini
PPNNS optimis Negeri Sembilan kekal menjadi negeri sifar miskin tegar pada tahun ini meskipun terdapat 120 KIR dikenal pasti kembali ke kelompok itu setakat ini.