Persatuan Seniman Malaysia menanggung kerugian kira-kira RM5,000 selepas pejabat persatuan itu di Taman Melawati, dipecah masuk penjenayah.

Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah memaklumkan, kejadian disedari oleh kakitangan mereka pada jam 10 pagi Isnin.

Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Taman Melawati untuk tindakan lanjut.

"Seniman menganggap ini adalah jenayah serius yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Anggaran kerugian yang dialami adalah sebanyak RM5,000 termasuk wang tunai," katanya.

Bagaimanapun, pejabat Seniman Malaysia tetap beroperasi seperti biasa bermula pukul 9.30 hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat.