Fasa pertama Penang Sentral, satu-satunya projek Pembangunan Berorientasi Transit (TOD), terletak di Butterworth di sini dijangka dibuka kepada orang ramai menjelang Disember tahun ini.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, fasa pertama Penang Sentral ini akan dijadikan sebagai terminal untuk bas awam dan perantaraan dalam bandar dan secara fizikalnya akan dihubungkan ke stesen kereta api Butterworth dan terminal feri Pulau Pinang.
"Ini satu lagi langkah ke hadapan bagi pembangunan pengangkutan awam di negara ini. Penang Sentral adalah bahagian yang bersepadu bagi menghubungkan antara perkhidmatan bas, kereta api dan feri.
"Kami gembira mendapat tahu Penang Sentral akan siap untuk dibuka, yang mana ia akan melangkau ke era baru yang lebih baik bagi kemudahan pengangkutan awam di Pulau Pinang dan wilayah utara," katanya kepada pemberita selepas melawat Penang Sentral di sini hari ini.
Penang Sentral, yang diilhamkan mengikut model KL Sentral CBD di Kuala Lumpur, terdiri daripada bangunan lima tingkat yang di dalamnya terdapat kaunter tiket bas, 38 ruang terminal bas, 55 buah kedai dan satu tempat makan serta 577 ruang letak kereta.
Chow berkata, dengan hab bersepadu untuk pengangkutan awam di Pulau Pinang ini, beliau berharap pihak yang berkenaan akan memperbaiki perkhidmatan feri dan kereta api.
"Saya rasa perkhidmatan feri perlu diperbaiki dan ada cakap-cakap untuk memperkenalkan perkhidmatan katamaran dan rel untuk kekerapan ke Pulau Pinang dan wilayah utara, yang boleh diperbaiki lagi terutama perkhidmatan komuter, contohnya, bagi Butterworth ke Alor Setar. Butterworth ke Kamunting sudah pasti menjadikan perjalanan di wilayah utara dengan pengangkutan awam lebih mudah," katanya.
Mengenai perkhidmatan skycab, Chow berkata terdapat beberapa lokasi dicadangkan untuk stesen skycab dan syarikat yang terlibat Penang Sentral Sdn Bhd, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), akan sentiasa melihat kewajarannya dalam perancangan mereka.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi (Harta) MRCB, Shireen Iqbal berkata komponen pembangunan Penang Sentral mengandungi tujuh fasa dan buat masa sekarang tiga fasa masih dalam pembinaan merangkumi mall perniagaan, bangunan pejabat dan hotel dijadual siap pada 2030 manakala fasa akan datang akan merangkumi servis apartmen, SOHO (pejabat kecil rumah kecil) dan pembangunan komersial.
Beliau berkata, fasa pertama Penang Sentral yang merangkumi hab transit telah pun siap dan kini dalam proses ujian, penyelarasan dan penyepaduan bagi semua sistem bas untuk memastikan ia siap sedia sepenuhnya sebelum dibuka kepada orang ramai.
"Kapasiti buat masa sekarang dalam 2,500 ke 3,000 orang sehari. Dengan sistem penuh bersepadu ini kami menjangka akan mudah mencapai 3,000 hingga 4,000 orang sehari. Keseluruhan bangunan sudah siap. Kita tak nak orang beli tiket salah bila kita lancar nanti. Kita tak nak ada gangguan selepas dilancar, kita tak nak susahkan awam," katanya dan menambah bahawa MRCB melabur kira-kira RM230 juta untuk projek ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 14 2018
Fasa pertama Penang Sentral, satu-satunya projek Pembangunan Berorientasi Transit (TOD), terletak di Butterworth di sini dijangka dibuka kepada orang ramai menjelang Disember tahun ini. Foto: Bernama
Larian hari pertama obor Olimpik di Perancis selesai, Drogba nyalakan kawah
Basile Boli menjadi pembawa obor pertama, memulakan larian dari Basilika Notre-Dame de la Garde yang ikonik.
Mahkamah Agung India bebaskan Ketua Menteri Delhi dengan jaminan sementara
Kejriwal ditahan Direktorat Penguatkuasaan pada 21 Mac berkaitan siasatan rasuah yang melibatkan dasar penjualan alkohol di Delhi.
PM Anwar seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurangkan kebergantungan buruh asing
Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan Sime Darby Plantation, disasarkan menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
PM Anwar hadir Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Pulau Pinang
Perdana Menteri menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong, George Town.
Pulau Pinang umum pelan untuk Taman Reka Bentuk IC dan digital
Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan pelannya untuk mewujudkan Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) dan Digital.
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Paras air Empangan Air Itam di tahap ketiga kritikal - Chow
Paras takungan air di Empangan Air Itam dikesan mencecah tahap ketiga kritikal dengan bacaan 30.8 peratus hari ini.
Tradisi rumah terbuka wadah menyatukan rakyat - Chow
Penganjuran rumah terbuka disifatkan sebagai wadah dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum seterusnya berupaya mengukuhkan perpaduan ke arah mewujudkan masyarakat yang harmoni.
MBPP mandulkan 6,046 anjing liar di Pulau Pinang
Selain TNR, Kerajaan Pulau Pinang juga mengamalkan polisi tidak memusnahkan anjing liar yang ditangkap melainkan ia sakit tenat.
Projek lebuh raya bertingkat, air Perak-P.Pinang dalam perbincangan - Chow
Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua dan Projek Air Perak-Pulau Pinang, kini dalam peringkat perbincangan melibatkan pelbagai kementerian Kerajaan Persekutuan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Boleh perluas teksi air jika dapat sambutan - Chow
Perkhidmatan teksi air boleh diperluaskan ke Seberang Perai sekiranya pelaksanaan pengangkutan itu di bahagian Pulau mendapat sambutan menggalakkan.
Pulau Pinang rekod aliran masuk pelaburan RM71.9 bilion pada 2023, tertinggi di Malaysia
Pulau Pinang berjaya merekodkan aliran masuk pelaburan berjumlah RM71.9 bilion pada 2023, yang tertinggi di Malaysia.