GEORGE TOWN: Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua dan Projek Air Perak-Pulau Pinang, kini dalam peringkat perbincangan melibatkan pelbagai kementerian Kerajaan Persekutuan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Justeru, beliau berharap Kerajaan Persekutuan dapat melaksanakan projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua, berikutan keadaan aliran trafik yang semakin mendesak dan Projek Air Perak-Pulau Pinang demi kepentingan rakyat.
Beliau berkata perkara tersebut dibangkitkan dalam Taklimat Pembangunan Pulau Pinang yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Komtar semalam, sempena lawatan sehari beliau ke negeri ini.
"Sukacita saya maklumkan Datuk Seri Anwar prihatin dengan kedua-dua projek itu dan dilaporkan dalam perhatian kerajaan pusat serta sedang dibincangkan dan saya berharap perbincangan tersebut akan membuahkan hasil untuk pelaksanaannya.
"Kedua-dua projek itu juga kini giat dibincangkan pada peringkat kementerian dan bagi Pulau Pinang, kita bersyukur ia sudah sampai ke peringkat perbincangan dan berharap akan ada keputusannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 2nd World Cat Federation Penang International Cat Fiesta 2024, di Spice Arena di Bayan Lepas dekat sini, hari ini.
Chow berkata jika dua projek berkenaan tidak dapat dilaksanakan melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan, ia mungkin boleh dijalankan menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta dan kaedah pelaksanaannya boleh dirunding.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Anwar kerana menghargai sumbangan Pulau Pinang dalam pembangunan negara, khususnya dalam bidang ekonomi dan industri yang mencatatkan angka memberangsangkan.
Mengulas mengenai lebih 100 keluarga yang masih berada di bawah paras garis kemiskinan tegar di negeri itu, beliau berkata Anwar meminta agar semua keluarga ini dibantu untuk keluar daripada kategori berkenaan dengan segera.
"Sebenarnya di Pulau Pinang, kita ada skim ekonomi saksama, di mana kita membantu menambah pendapatan keluarga supaya mereka tidak lagi berada dalam kategori di bawah garis kemiskinan dan kami akan teruskan skim ini," katanya.
Selepas taklimat semalam, Anwar berkata Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang, akan berusaha membawa keluar lebih 100 keluarga miskin tegar di negeri itu dalam tempoh sebulan, sekali gus membolehkan Pulau Pinang mencapai status kemiskinan tegar sifar menjelang 1 Jun 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2024
Chow berharap Kerajaan Persekutuan dapat melaksanakan projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua, berikutan keadaan aliran trafik yang semakin mendesak dan Projek Air Perak-Pulau Pinang demi kepentingan rakyat. -Gambar fail/Bernama
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Pulau Pinang muncul hab pelancongan perubatan di Asia Tenggara
Pulau Pinang menawarkan gabungan antara penjagaan perubatan berkualiti dan sebagai destinasi pelancongan yang menarik.
Ketua Menteri Pulau Pinang bercuti mulai hari ini hingga 6 Dis
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan bercuti ke China mulai hari ini hingga 6 Dis.
Penubuhan SFZ di Pulau Pinang masih dikaji, rangka kerja akan dibentang kepada MMK - Chow
Prospek penubuhan Zon Kewangan Khas (SFZ) di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan masih di peringkat kajian oleh Penang Institute (PI), kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian antara cabaran kerajaan Pulau Pinang
Kekerapan gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian yang tinggi dan kekurangan bakat antara cabaran dihadapi kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pembinaan CLQ perlu patuhi garis panduan - Chow
Terdapat garis panduan yang membenarkan pembinaan penginapan pekerja berpusat (CLQ) bagi pekerja warga asing, namun ia tertakluk kepada pematuhan oleh pihak pemohon bagi projek itu.
Pulau Pinang tumpu kepada pengurusan sisa dan proses kitar semula - Chow
Chow Kon Yeow berkata pengurusan sisa buangan telah menjadi masalah ketara di Malaysia selama beberapa dekad.
Projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua mula tahun depan - Chow
Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua antara beberapa inisiatif utama untuk Pulau Pinang yang diumumkan oleh Anwar dalam Bajet 2025 pada 18 Okt lepas.
Jauhi pantai, elak aktiviti laut di Pulau Pinang ketika fenomena air pasang besar - Chow
Kon Yeow berkata walaupun keadaan masih terkawal, namun pihaknya tidak dapat menjangkakan situasi dalam tempoh dua hari lagi.