Sesi perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini tegang apabila seorang Exco kerajaan negeri mengeluarkan perkataan kurang menyenangkan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN).
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan dan Pengangkutan negeri, Datuk Teng Chang Khim melemparkan perkataan 'bodoh' buat kali kedua kepada ADUN BN selepas melakukan perkara yang sama pada persidangan DUN November tahun lalu, selepas berang dengan perbahasan berkaitan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Kekecohan bermula apabila Teng (DAP-Sungai Pinang) mencelah sesi perbahasan Datuk Halimaton Saadiah Bohan (BN-Kota Damansara) dengan menyatakan isu yang dibangkitkan wakil rakyat itu tidak berkaitan dengan Usul Pembangunan Bajet Selangor 2018.
Halimaton Saadiah kemudiannya mempertahan isu yang dikemukakannya iaitu mengenai peruntukan untuk melupus kereta rosak di pangsapuri di Selangor sehingga mengehadkan lot meletak kenderaan dengan mengatakan ia juga termasuk dalam perbelanjaan pembangunan.
"Sepatutnya Sungai Pinang (Teng) biarkan saya habiskan ayat dahulu, jangan terus potong apa saya nak cakap, tiada adab dan tiada tatasusila," katanya.
Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) kemudiannya bangun dan mempersoalkan tindakan Teng kerana tidak menghormati sesi perbahasan ADUN Kota Damansara itu.
Teng yang masih tidak berpuas hati bingkas bangun dan mengeluarkan perkataan 'bodoh' dan mencetuskan kemarahan ADUN BN yang serentak bangun untuk menggesanya menarik balik perkataan berkenaan dan mempertikai sikap serta kredibilitinya sebagai Exco kerajaan negeri.
Situasi tegang itu menyebabkan Speaker DUN, Hannah Yeoh Tseow Suan terpaksa meredakan keadaan dan meminta semua pihak bertenang.
Sulaiman sekali lagi bangun dan meminta Teng menarik balik perkataan berkenaan selaras dengan Peraturan 36(6) Peraturan Tetap DUN yang menyebut seorang anggota dewan tidak boleh mengeluarkan kenyataan tidak elok kepada anggota dewan lain.
Bagaimanapun, Teng enggan menarik balik perkataan tersebut dengan menyatakan ia tidak dituju kepada sesiapa.
Datuk Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang) kemudiannya bangun dan dengan sinis menyatakan sekiranya perkataan 'bodoh' itu boleh dilontarkan, semua pihak boleh menggunakannya di dalam DUN berkenaan.
Pertikaman lidah yang semakin tegang itu menyebabkan Yeoh segera menangguh persidangan dan bersambung pada sesi petang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 10 2017
Situasi tegang itu menyebabkan Speaker DUN, Hannah Yeoh Tseow Suan terpaksa meredakan keadaan dan meminta semua pihak bertenang. - Gambar fail
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.
PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.
DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.