Aplikasi Whatsapp yang menjadi jaringan komunikasi masyarakat seluruh dunia mengalami masalah gangguan.

Rata-rata pengguna aplikasi itu melahirkan rasa terkejut dan panik dengan permasalahan tersebut yang berlaku hampir satu jam bermula antara pukul 4 petang ini.

Bagaimanapun, aplikasi yang wajib dimiliki setiap masyarakat dunia itu kembali pulih pada pukul 5 petang.

Tiada sebarang kenyataan rasmi mengenai punca berlakunya gangguan itu.