Sejak mengambil alih tampuk pentadbiran pada Mei lalu, Kerajaan Pakatan Harapan telah menjimatkan wang rakyat sebanyak RM2 bilion ringgit untuk urusan pembelian minyak petrol.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, untuk pembelian petrol RON95, rakyat jimat RM1.3 bilion manakala diesel, RM807 juta sehingga Ogos 2018.

"Untuk empat bulan terakhir, kerajaan telah mengeluarkan subsidi sebanyak RM1.3 bilion untuk rakyat menggunakan petrol.

"Manakala untuk diesel, kerajaan membayar subsidi RM232 juta pada Mei, RM232 juta pada Jun, RM211 juta pada Julai dan sekitar RM130 juta pada ogos. Untuk empat bulan terakhir, kerajaan membayar subsidi sebanyak RM777 juta," katanya.

Katanya, harga barangan di seluruh negara selepas pelaksanaan SST masih terkawal.