Polis Sarawak hari ini menafikan dakwaan Persatuan Veterinar Sarawak (SVA) bahawa mereka gagal menyediakan perlindungan secukupnya kepada petugas barisan depan yang terlibat dalam operasi antirabies di negeri itu selain tidak bertindak terhadap laporan polis yang dibuat berhubung ancaman ke atas petugas terbabit.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata pihaknya kesal dengan dakwaan SVA tersebut memandangkan setiap laporan polis yang diterima berhubung kes berkenaan disiasat secara terperinci.
"Saya sendiri melihat perkara ini dan pada 7 Jan lalu, dua pengguna media sosial ditahan oleh polis di Padawan kerana mengeluarkan ancaman terhadap petugas perkhidmatan veterinar," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Malah katanya, polis kini sedang menyiasat dua laporan polis yang dibuat masing-masing di Samarahan dan Miri semalam serta akan menangkap suspek sebaik sahaja mereka dikenal pasti.
Pada masa sama, Dev berkata polis akan menyediakan perlindungan secukupnya kepada petugas yang terlibat dalam operasi cegah rabies sekiranya mereka dimaklumkan lebih awal.
"Jika polis tidak dimaklumkan lebih awal berhubung sebarang operasi cegah rabies, jangan salahkan kami jika berlaku kejadian tidak diingini," katanya menambah polis tidak boleh membuat tangkapan semata-mata ada invidu mengeluarkan kata-kata cacian.
Katanya tindakan hanya diambil jika ancaman yang dikeluarkan itu bersifat jenayah dan mangsa membuat laporan polis.
Dalam pada itu beliau berkata polis terbuka untuk berbincang dengan pihak berkaitan termasuk SVA bagi menambah baik aspek keselamatan semasa operasi cegah rabies diadakan.
"Pendekatan ini lebih baik berbanding menyerang polis menerusi media," katanya.
Beliau mengulas laporan media hari ini yang memetik Presiden SVA Dr Chuo Hock Tieng yang berkata SVA kecewa dengan ketiadaan perlindungan polis semasa operasi selain tiada tindakan diambil berhubung laporan polis yang dibuat oleh petugas yang menerima ancaman bunuh dan juga bom.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 12 2018
Polis akan menyediakan perlindungan secukupnya kepada petugas yang terlibat dalam operasi cegah rabies sekiranya mereka dimaklumkan lebih awal. - Gambar fail
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
KPM jamin keselamatan di semua institusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius ancaman keselamatan di beberapa sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat seperti yang dilaporkan oleh media.
Isu Palestin: Kawalan keselamatan PM Anwar dipertingkat - KPN
PDRM memberi jaminan akan mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan Perdana Menteri susulan pendedahan ugutan diterimanya kerana lantang bersuara dalam isu Palestin.
Polis pantau tujuh kumpulan ajaran sesat aktif di Malaysia - Razarudin
Polis sedang memantau tujuh kumpulan ajaran sesat yang dipercayai boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat ketenteraman awam negara.
Muzium Louvre dan Istana Versailles dibuka semula
Menteri Dalam Negeri Perancis beri kelulusan untuk pembukaan semula selepas tiada bahan letupan ditemukan dan serangan berlaku.
Segera lapor pihak berkuasa sekiranya diancam, ditipu sindiket pemerdagangan - TPM Zahid
Ahmad Zahid menyeru rakyat Malaysia yang berada di luar negara, supaya melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menyedari diri mereka ditipu.
Keganasan semakin meningkat, hospital di Sudan terancam
Hospital Al Nao, satu-satunya kemudahan kesihatan yang masih beroperasi di bandar Omdurman, barat laut ibu kota Sudan, Khartoum, diancam dengan peningkatan keganasan.
PRN: Dakwaan Sanusi diancam, Polis Kedah panggil Ahli Parlimen bantu siasatan
Polis akan memanggil seorang Ahli Parlimen di negeri ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan yang mengaitkan ancaman keselamatan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Sanusi mungkin 'terperangkap' dalam kesesakan - Ayob Khan
Istilah perangkap yang digunakan mungkin merujuk kepada tersekat dalam kesesakan lalu lintas.
Pertukaran 332 pegawai perubatan dilulus - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan rayuan permohonan penempatan 332 pegawai perubatan di seluruh negara dan perlu melapor diri pada 31 Julai ini.
Kastam Kelantan rekod kutip hasil hampir RM100 juta setakat Julai - Ahmad
Kastam Kelantan kutip hasil RM99,376,235.41 sejak Januari hingga 22 Julai tahun ini menghampiri sasaran tahun ini iaitu sebanyak RM207.19 juta.