Penyelarasan portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah akan dibuat mengikut kementerian bagi memastikan ia relevan kepada negeri ini, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Beliau berkata penyelarasan itu dibuat selepas semua lantikan di peringkat Menteri dan Timbalan Menteri di kementerian selesai dilaksanakan baru-baru ini.
"Dalam pentadbiran kini ada kementerian yang digabungkan, jadi lebih baik portfolio diselaraskan dengan kementerian namun ia perlu mendapat perkenan daripada Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman pada Rabu.
Mukhriz berkata akan berlaku rombakan Exco dan portfolio mereka susulan pelantikan Datuk Amiruddin Hamzah sebagai Timbalan Menteri Kewangan namun ia tidak melibatkan semua Exco dan akan diumumkan dalam tempoh seminggu lagi.
"Ada perubahan portfolio termasuk penambahan satu Exco yang bakal dilantik Ogos nanti. Nama Exco yang bakal menggantikan tempat Amiruddin dan penambahan Exco yang baharu itu akan dimaklumkan kemudian, jadi kita tunggu dan lihat sahaja," katanya.
Amiruddin sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Syarikat Milik Kerajaan Negeri, Industri dan Pelaburan dan Agama sebelum dipilih menganggotai Kabinet.
Dalam pada itu, Mukhriz berkata rombakan akan dilakukan ke atas syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam masa terdekat bagi melancarkan pentadbiran negeri selain memudahkan dasar baharu diperkenal dan dilaksanakan.
"Kita akan lihat mana yang perlu dirombak, kita akan buat tapi bukan semua GLC yang terlibat. Ada pemegang jawatan tertentu yang melibatkan lantikan politik kerajaan dahulu telah meletak jawatan tanpa didesak jadi berlaku kekosongan di situ.
"Jadi, kekosongan itu akan diisi selain kita akan lihat dan cuba selaraskan gaji pemegang jawatan dalam GLC. Ada keadaan yang berlaku dimana gaji mereka melebihi standard gaji GLC di peringkat kebangsaan, jadi kita akan guna tanda aras yang munasabah untuk isu ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 25 2018
Mukhriz berkata penyelarasan itu dibuat selepas semua lantikan di peringkat Menteri dan Timbalan Menteri di kementerian selesai dilaksanakan baru-baru ini. - Gambar fail
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
ADUN cadang guna pempengaruh tingkat hebahan program kerajaan Selangor
Muhammad Izuan berkata hal ini kerana golongan berkenaan dilihat lebih terkesan menerima maklumat daripada pempengaruh.
Wan Rosdy umum penyusunan semula portfolio exco
Keputusan dibuat selaras dengan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam sebagai Exco yang baharu.
Isu 'larangan' terbabit program kementerian: Mat Sabu dakwa Azman bohong
Mohamad ulas dakwaan Azman berkenaan 'larangan' pembabitannya dalam program anjuran agensi Persekutuan itu di Terengganu.
Penerbangan Ipoh-Bangkok tidak lama lagi
Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan perbincangan dengan Thai Travel Agents Association (TTAA) mengenai laluan penerbangan dari Ipoh ke Bangkok, Thailand yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Melaka bentuk Kerajaan Perpaduan, libat ADUN PH
Beliau memberi bayangan, pelantikan barisan Exco akan turut melibatkan ADUN blok Pakatan Harapan.
Siling runtuh: Padang Dataran Pahlawan bukan tempat letak kenderaan - Exco
Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka mendapati berlakunya resapan air ke dalam bangunan menempatkan Bazar Kraftangan Dataran Pahlawan berikutan retakan di atas padang yang menyebabkan air bertakung.
Operator terlibat gangsterisme, sukarkan usaha hapus tapak sampah haram di Selangor- Exco
Halangan fizikal dan provokasi pihak tertentu antara masalah dihadapi kerajaan Selangor dalam usaha membasmi pembuangan sampah haram.
10 ADUN BN, PH angkat sumpah sumpah jawatan Exco Perak
10 ADUN itu mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah.
Kenderaan Exco Johor disaman kerana potong barisan
Siasatan yang dijalankan mendapati kesalahan tersebut berlaku di Jalan Tongkang Pechah di sini pada 9.45 pagi, Isnin lepas.
Johor kaji bina jajaran LRT di Johor Bahru - Exco
Kerajaan Negeri Johor sedang mengkaji untuk membangunkan transit aliran ringan (LRT) di Johor Bahru bagi menyepadukan sistem pengangkutan di bandar raya berkenaan.