Kewujudan projek MRT Jajaran Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) bagaikan 'durian runtuh' kepada para pemilik hartanah apabila nilai hartanah di sekitarnya meningkat antara 10 dan 30 peratus.
Gambaran peningkatan nilai hartanah itu diberikan oleh pemilik, pemaju dan portal hartanah kepada Bernama apabila ditemu ramah baru-baru ini.
Pemaju hartanah Datuk Seri Lim Keng Cheng berkata projek MRT itu memberi kesan paling ketara terutama kawasan yang berada dalam lingkungan radius satu kilometer dari stesen MRT.
"Nilai hartanah di kawasan itu boleh meningkat sehingga 30 peratus," katanya yang mengendalikan perniagaan pembinaan, pembangunan hartanah dan konsesi prasarana.
Beliau berkata projek MRT itu telah memberikan kelebihan dan ruang kepada para pelabur untuk menjalankan projek-projek besar seperti pembangunan berorientasikan transit (TOD) yang memberi kemudahan kepada orang awam untuk menggunakan perkhidmatan berkenaan.
"Selain menguntungkan pemaju, ia juga memberi manfaat kepada pemilik aset kerana pembangunan di sekitar MRT tetap menjadi rebutan masyarakat untuk didiami kerana ia lebih mudah diakses," kata Lim.
Fasa pertama Laluan MRT SBK yang dibangunkan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) itu memulakan operasinya pada 16 Dis bagi laluan Sungai Buloh ke Semantan dengan 12 stesen sejauh 21 kilometer.
Projek Jajaran MRT SBK bernilai RM23 bilion yang meliputi dari Sungai Buloh ke Kajang sejauh 51 kilometer beserta 31 stesen itu disasar beroperasi sepenuhnya menjelang Julai tahun depan.
Tinjauan Bernama mendapati walaupun fasa II MRT SBK melibatkan laluan dari Semantan ke Kajang sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap Julai tahun depan, pembangunan lain di sekitar projek fasa II itu turut rancak membangun.
Lim berkata syarikatnya sedang melaksanakan pembangunan integrasi melibatkan pembangunan sebuah hotel, 1,500 unit apartmen serta pusat membeli-belah di Cheras dan apabila siap, ia boleh berhubung terus dengan stesen MRT Taman Mutiara yang terlibat dalam fasa II MRT SBK.
"Meskipun harga bagi setiap unit rumah itu tinggi, iaitu antara RM500,000 hingga RM1 juta, kesemua ini telah pun habis dijual...ini menunjukkan masih terdapat permintaan tinggi daripada pembeli," kata Lim.
Pengurus portal hartanah PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez pula berkata Indeks Harga Hartanah portalnya menunjukkan nilai hartanah di sekitar jajaran MRT telah mengalami aliran peningkatan lebih 10 peratus sejak tahun lalu.
"Jika anda lihat pada Glomac Damansara Residences, purata harga transaksi meningkat kepada tujuh ke 10 peratus tahun ini berbanding 2015 walaupun dalam keadaan kelembapan pasaran hartanah.
"Selain itu, Plaza Condominium di Taman Tun Dr Ismail menyaksikan sedikit peningkatan 10 peratus ke atas antara tahun ini dan 2015.
"Hartanah yang berada di antara dua stesen (dua MRT atau satu MRT dan LRT/Komuter) mungkin mengalami lebih banyak peningkatan berbanding tempat lain kerana orang ramai mahukan perhubungan. Jadi, faktor sambungan bersepadu juga adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan, bukan hanya jajaran MRT," katanya.
Sheldon berkata situasi ini juga memberi laluan kepada pertumbuhan dalam pasaran sewa yang merupakan satu alternatif kepada pemilik hartanah.
Sementara itu, Penyelaras Jabatan Bandar dan Perancang Wilayah Universiti Malaya, Dr Nikmatul Adha Nordin berkata kawasan yang dijangka mengalami peningkatan harga hartanah paling ketara adalah di Kota Damansara, Taman Tun Dr Ismail dan Sungai Buloh.
"Berdasarkan pengalaman pembangunan LRT, nilai hartanah di kawasan yang berdekatan stesen akan meningkat sebanyak 15 hingga 20 peratus...situasi ini mampu menarik pasaran yang lebih besar, sekali gus merancakkan aktiviti komersial dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan," katanya.
Beliau menjangkakan akan wujud kawasan penempatan baharu di kawasan berhampiran MRT selagi ada ruang untuk aktiviti pembangunan.
Bagaimanapun, Nikmatul Adha bimbang nilai sewa yang lazimnya selari dengan peningkatan nilai hartanah berkemungkinan menjejaskan golongan berpendapatan sederhana dan rendah dalam mencari perumahan yang mampu untuk disewa.
Tinjauan Bernama ke beberapa kawasan perumahan di sekitar stesen MRT SBK mendapati rata-rata penduduk yang ditemui mengaku turut terkesan apabila harga rumah dan sewa meningkat secara mendadak sejak projek MRT memulakan operasinya.
Penduduk di Kondominium Pelangi Damansara, Zaitun Mohamad, 37, melahirkan rasa syukur kerana beliau telah membeli dan memiliki rumah tersebut pada 2008 dengan harga yang murah berbanding yang ditawarkan sekarang.
"Dulu masa beli rumah ini hanya RM127,000, sekarang sejak ada MRT ia dijual pada harga RM320,000 dan ke atas, saya rasa harga ini akan terus meningkat," kata peniaga nasi lemak dan pisang goreng itu ketika ditemui Bernama.
Bagi pemandu bas yang menyewa di Kampung Paya Jaras di Sungai Buloh, Abang Ismail Ahmad Ibrahim, 32, pula mengeluh apabila dikenakan kadar sewa rumah terlalu tinggi di kawasan perumahan yang berdekatan MRT.
"Pada 2006, sewa hanya RM380, kemudian ia terus naik sehingga mencecah RM780 sekarang...itu pun rumah yang ada satu bilik dan satu bilik air," kata anak kelahiran Sarawak yang tinggal di Semenanjung sejak 1998 itu.
MRT merupakan sebahagian daripada Projek Transformasi Ekonomi (ETP) untuk menambah baik sistem pengangkutan awam yang berintegrasi dengan tiga lagi sistem hubungan rel iaitu LRT, KTM Komuter and KL Monorel.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 29 2016
Projek MRT itu memberi kesan paling ketara terutama kawasan yang berada dalam lingkungan radius satu kilometer dari stesen MRT. - Gambar hiasan
Mirzan, Mokhzani diberi lanjutan 30 hari oleh SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh lanjutan 30 hari bagi kedua-dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan aset masing-masing kepada pihaknya. Ini bermakna kedua-dua Tan Sri Mokhzani dan Mirzan perlu mengemukakan maklumat berkenaan aset yang dikumpul selama 43 tahun sejak tahun bapa mereka menjawat jawatan Perdana Menteri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
70 peratus pembangunan hartanah di Forest City terjual
Mohd Jafni berkata impak jualan hartanah itu akan membantu merancakkan lagi sektor ekonomi di kawasan berkenaan.
Bilangan transaksi hartanah tertinggi untuk sembilan bulan pertama 2023
Transaksi hartanah pada sembilan bulan pertama tahun 2023 mencatatkan di antara bilangan transaksi yang tertinggi di seluruh negara untuk tempoh yang sama sejak 2011/2012.
Rumah bertanah dijangka kekal sebagai pilihan utama pembeli pada 2024
Prospek pasaran hartanah Malaysia untuk 2024 dilihat kukuh untuk segmen rumah bertanah kerana ia kekal sebagai pilihan utama para pembeli
Rancang lancar lebih banyak projek di Iskandar Malaysia, pemaju hartanah dijangka tingkat sasaran jualan sehingga 15%
Unjuran itu dibuat kerana kebanyakan pemaju hartanah merancang untuk melancarkan lebih banyak projek di Iskandar Malaysia tahun ini.
Mah Sing optimis mengenai momentum 2024
Mah Sing Group Bhd mencatatkan jualan hartanah RM1.8 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept 2023, meningkat 14.4 peratus.
Kawasan bandar peroleh carian hartanah paling banyak pada tahun ini berikutan dasar kembali ke pejabat
Dalam kenyataan pada Selasa, pasaran hartanah itu berkata bakal pembeli rumah turut mempertimbangkan kawasan terpilih di luar Lembah Klang disebabkan fleksibiliti kerja.
Sektor hartanah kekal lembap, ketidaktentuan pasaran beri impak kepada pembeli
Kenaikan kos buruh dan harga bahan mentah turut menjadi punca kepada kebimbangan dalam kalangan pemaju hartanah.
Program "LBS Perks & Plusses" janji pengalaman pemilikan hartanah tiada tandingan
Dengan kolaborasi 26 rakan kongsi ternama, ahli program "LBS Perks and Plusses" dapat nikmati pelbagai produk dengan tawaran menarik.
TWL Holdings Bhd bangunkan tanah, majukan rumah mampu milik untuk keperluan rakyat
TWL Holdings Berhad memandang serius isu gelandangan di Malaysia sekali gus berhasrat untuk membendung masalah ini dengan menyediakan penyelesaian dinamik sebelum ia memburuk.
Permintaan dan penawaran hartanah merosot pada permulaan 2023 - PropertyGuru Malaysia
Berlaku aliran menurun dalam indeks permintaan jualan dengan pertanyaan hartanah menyusut sebanyak 5.6 peratus suku ke suku.