Pengeluaran Pas Sementara Sabah (PSS) mulai 1 Jun 2020 adalah bukti keseriusan kerajaan pada hari ini untuk mengatasi masalah lambakan pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkata meskipun isu PTI di Sabah begitu kompleks dan memerlukan ia diselesaikan secara berperingkat, namun, usaha memperkenal PSS kepada tiga kategori pemilik dokumen iaitu IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci adalah langkah permulaan mengatasi masalah itu yang sering menjadi kebimbangan rakyat tempatan.
Mohd Shafie berkata langkah mengeluarkan PSS itu juga adalah rentetan daripada perkara diperhalusi di peringkat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai PTI di Sabah sebelum ini berhubung kepelbagaian dokumen dikeluarkan pihak berwajib kepada warga asing.
"Maka, dengan adanya penyelarasan (dokumen untuk warga asing) seumpama ini, kita mahu pastikan supaya ia dapat diurus dan dikawal oleh (hanya) Jabatan Imigresen Sabah.
"Kerajaan melihat perkara ini amat serius yang perlu diatasi untuk memastikan supaya jangan ada anasir jahat tanpa sah kedatangan mereka di negara kita," katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah di sini, pada Jumaat.
Mesyuarat jawatankuasa induk yang dipengerusikan secara bersama oleh Mohd Shafie dan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Hashim Paijan.
BACA: KDN perkenal Pas Sementara Sabah ganti tiga dokumen warga asing
Mesyuarat itu antara lain bersetuju mengeluarkan PSS bagi meningkatkan penguatkuasaan sekali gus memastikan rekod warga asing di Sabah berpusat dan diseragamkan.
PSS dikeluarkan kepada warga asing yang memiliki antara tiga dokumen itu yang sudah lama berada di Sabah selain ia hanya sah selama tiga tahun dan perlu diperbaharui pada harga RM120.
Mohd Shafie berkata penyelarasan dokumen warga asing menerusi PSS itu juga penting memandangkan seramai 586,367 PTI telah diusir dari Sabah sejak 1990 hingga 4 Sept 2019.
Sementara itu, Mohd Shafie berkata tiga jenis dokumen pengenalan diri terbabit akan dihapuskan dan beliau mahu kesemua warga asing yang datang ke Sabah mempunyai dokumen sah.
Langkah itu penting bagi memastikan sektor perladangan di Sabah mempunyai tenaga kerja mencukupi memandangkan ketika ini ramai pemilik ladang menyatakan mereka kekurangan pekerja buruh, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 06 2019
Muhyiddin pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk bersama Mohd Shafie di Kota Kinabalu, 6 Sept, 2019. Astro AWANI
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Imigresen Sabah tumpas sindiket pemalsuan dokuman permit masuk
Jabatan Imigresen (JIM) Sabah menumpaskan satu sindiket pemalsuan pelbagai dokumen pengenalan diri dengan penahanan enam individu dalam Ops Serkap bermula Rabu hingga semalam.
Maqis Kelantan gagalkan cubaan seludup 17 baka ayam gajah dari Thailand
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan berjaya menggagalkan cubaan menyeludup ayam hidup menggunakan perahu di Pengkalan Haram Tanjung, Pengkalan Kubor.
Jangan lupa dokumen ini untuk terima bantuan awal persekolahan
Berikut beberapa panduan kepada ibu bapa atau penjaga sebelum mengambil wang bantuan di sekolah anak masing-masing.
Dokumen kes Rosmah tular, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah buat laporan polis
Laporan itu mendakwa dokumen berkenaan adalah kertas keputusan penghakiman kes rasuah Rosmah, membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
PasLeak: "Kita pun tak tahu dokumen itu betul atau tidak" - PM Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dokumen itu masih belum dipastikan kesahihannya.
Laporan risikan: UMNO Kelantan desak Pas beri penjelasan, buat laporan polis
Badan Perhubungan UMNO Kelantan memohon penjelasan dari Pas berhubung isu pendedahan dari beberapa dokumen tular yang dikatakan tercatat di dalam Laporan Political Engagement Pas Pusat.
Dokumen laporan impak 'Banjir 2021' dikeluarkan minggu hadapan
Dokumen itu dijangka akan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) selewat-lewatnya pada minggu hadapan.
'Kerenah birokrasi sangat teruk'
Keperluan dokumen seperti laporan polis dan gambar banjir sangat menyusahkan mangsa yang ketika ini bertungkus lumus membersihkan rumah.
Mesyuarat Khas Parlimen: Kerajaan putuskan tidak nasihat Agong untuk isytihar darurat baharu
Kerajaan juga bersetuju untuk membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dibuat semasa Proklamasi Darurat sebelum ini.
Peguam dilantik mahkamah wakili Britney Spears tarik diri
Penyerahan dokumen pada Selasa itu adalah gerakan terbaharu selepas penyanyi tersebut mendedahkan hidup dalam tekanan.