Kerajaan negeri Sarawak meluluskan peruntukan berjumlah RM100 juta bagi melaksanakan 114 projek tebatan banjir di seluruh negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata sebanyak RM45.78 juta diperuntukkan tahun ini untuk melaksanakan 97 projek dengan 63 daripadanya dijadualkan siap menjelang akhir tahun ini atau awal tahun depan.
"Baki 51 projek lagi akan dimulakan awal tahun depan," katanya pada sidang berita selepas menghadiri taklimat mengenai banjir di Sarawak yang disampaikan oleh Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Jaul Sameon di Bilik Operasi Bencana Negeri, Wisma Bapa Malaysia di sini, pada Khamis.
Agensi pelaksana projek berkenaan ialah majlis tempatan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Kerja Raya (JKR), kata Abang Johari sambil memberitahu beliau telah diberi taklimat tentang pelaksanaannya oleh agensi berkenaan.
"Setakat 20 Dis tahun ini, daripada 97 projek itu, sebanyak 13 daripadanya telah disiapkan, 71 lagi di pelbagai peringkat pelaksanaan, lapan di peringkat penilaian tender dan lima di pelbagai peringkat prapelaksanaan," katanya.
Beliau berkata sebagai langkah jangka pendek, pihak berkuasa tempatan, JPS dan JKR akan diminta melakukan penyenggaraan berkala terhadap takungan salur masuk, membersihkan longkang erong, bahagian tepi jalan dan longkang utama serta membuang kelodak sungai terjejas dari semasa ke semasa.
"Sebagai langkah jangka sederhana pula, kerja menaik taraf saluran keluar longkang utama di kawasan Hospital Umum Sarawak, Jalan Batu Lintang, Padang Merdeka, Taman Malihah, Federal Quarters, SK Muara Tuang, Sungai Sinjan, Sungai Gersik dan kerja mengorek Sungai Tabuan melibatkan kos RM150 juta telah diluluskan.
"Ketika ini, projek berkenaan di peringkat penilaian tender," katanya.
Beliau berkata, sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri telah meluluskan pelaksanaan Manual Pengurusan Air Ribut Bandar Sarawak (SUStoM) bagi kawasan pembangunan baharu kerana pendekatan pembuangan pantas tidak lagi berkesan untuk menangani pembangunan semasa.
"Pendekatan ini menggunakan proses menahan/menakung, penyerapan dan penulenan. Kuantiti dan kuliti air ribut (air berasal daripada hujan) dari kawasan sedang dibangunkan dapat dikekalkan pada kadar kurang daripada atau sama banyak dengan keadaan prapembangunan," katanya.
Abang Johari berkata di bawah SUStoM, pengurusan air ribut akan mempunyai pelbagai objektif hijau dan bebas bahaya dalam lingkungan bahagian hilir kawasan pembangunan termasuk mengawal banjir kilat.
Selain itu, ia mengurangkan kekerapan banjir termasuk banjir besar, meminimumkan kesan alam sekitar akibat pengaliran air berkualiti, memantapkan landskap dan ekologi bandar, menstabilkan muka bumi, mengawal hakisan dan menjamin keselamatan orang ramai.
Mengenai banjir di Sarawak baru-baru ini, beliau berkata antara puncanya adalah jumlah air hujan yang banyak, ketidakmampuan sistem saliran sedia ada menampung jumlah aliran air hujan terlalu banyak dan kehilangan tempat menakung air banjir akibat pembangunan yang meliputi dataran banjir serta koridor saliran.
"Sebagai contoh, di Kuching, sebanyak 171 milimeter hujan direkodkan pada 18 Dis 2017 sahaja. Kadar hujan yang tinggi juga direkodkan di Samarahan, Sri Aman, Betong, Miri, Bintulu, Sibu, Limbang dan Bahagian Mukah," katanya.
Abang Johari berkata bahagian utara Sarawak dijangka mengalami jumlah hujan yang tinggi, berbading bahagian barat negeri ini.
"Bagaimanapun, kami berharap orang ramai sentiasa bersiap sedia dan berwaspada bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mendapatkan maklumat daripada Jabatan Meteorologi tentang keadaan cuaca melalui aplikasi MyCuaca.Com.
Menurutnya Jawatankuasa Bencana Negeri yang diketuai Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah telah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi banjir termasuk menyediakan pusat pemindahan dan bekalan makanan untuk mangsa banjir.
--BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2017
ABANG JOHARI: Setakat 20 Dis tahun ini, daripada 97 projek itu, sebanyak 13 daripadanya telah disiapkan, 71 lagi di pelbagai peringkat pelaksanaan.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
KKM tubuh jawatankuasa rangka mekanisme bangun semula klinik kesihatan di Sarawak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi merangka mekanisme bagi pembangunan semula klinik-klinik kesihatan di Sarawak, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Kampung Datu Lama akan dibangun semula - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan membangunkan semula Kampung Datu Lama yang merupakan perkampungan tradisional Melayu di Sibu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak tumpuan pelbagai kaum
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini, menjadi tumpuan masyarakat pelbagai kaum.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
Projek Kereta Api Trans Borneo: Sarawak belum dimaklumkan secara rasmi - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media baru-baru ini.
PETRA tubuh jawatankuasa penyelaras, pantau pelaksanaan projek air di Sarawak
Cadangan tersebut juga dipersetujui bersama Abang Johari semasa Fadillah mengadakan kunjungan hormat ke atas beliau pada Isnin.
Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara Sarawak bermula tahun depan - Abang Johari
Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara yang menghubungkan kawasan Miri, Brunei, Limbang dan Lawas akan bermula tahun depan.
Kerajaan negeri berhak laksana dasar pendidikan tinggi percuma - Zambry
Kerajaan mana-mana negeri mempunyai hak untuk melaksanakan dasar pendidikan tinggi percuma bagi membantu anak jati mereka.
[KOLUMNIS] Peranan parti politik Borneo dalam menjamin kestabilan Kerajaan Perpaduan
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melakar satu sejarah buat Malaysia apabila tidak ada mana-mana parti yang bertanding berjaya mencapai majoriti mudah dengan 112 kerusi di Dewan Rakyat.
Jenazah Tun Taib Mahmud selamat disemadi
Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud, selamat dikebumikan di perkuburan keluarganya di Demak Jaya, di Kuching pada 2.20 petang Khamis.