Sarawak bukan sebuah negeri yang obses untuk mengawal sumber alam mereka iaitu minyak dan gas.

Tegas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Sarawak hanya mahu bahagian adil daripada hasil yang diperoleh dari wilayah mereka.

Menurutnya, ia termaktub dalam perjanjian perkongsian keuntungan yang sepatutnya diterima Sarawak.

Selain itu, beliau tidak mahu Sarawak 'berputih mata' serta hanya melihat kemajuan negeri lain sedangkan hasil minyak dan gas diambil dari negeri Bumi Kenyalang itu.

"Kami tidak begitu obses untuk cuba mengawal minyak dan gas, apa yang kami mahu adalah untuk melihat perkembangan minyak dan gas di negeri ini jadi tidak lah kita putih mata melihat orang lain saja," katanya.