Kerajaan menyasarkan setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya satu insinerator atau loji 'waste to energy' (WTE) dalam tempoh dua tahun lagi bagi menghapuskan sepenuhnya tapak-tapak pelupusan sisa pepejal.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata usaha itu adalah bagi menjadikan proses pelupusan sisa pepejal lebih bersih selain menjimatkan penggunaan tanah daripada terus dibuka sebagai tapak pelupusan sampah baharu.
"Jumlah insinerator bergantung kepada penghasilan sampah di setiap negeri. Contohnya, jika Melaka menghasilkan 3,000 tan sampah sehari dan satu insinerator yang dibina boleh memproses jumlah sama, maka sudah memadai sebuah loji dibina di negeri itu.
"Tetapi jika ada negeri hasilkan sampah lebih banyak, mungkin mereka perlukan lebih insinerator," katanya kepada pemberita selepas program anjuran Kumpulan Karangkraf di Dewan Karangkraf Seksyen 15, di sini pada Isnin.
Katanya, kerajaan tidak akan mengeluarkan sebarang peruntukan bagi usaha itu kerana kos pembinaan insinerator atau loji WTE akan ditanggung sepenuhnya oleh kontraktor yang bakal dilantik oleh kementerian tersebut.
Jelas beliau, kerajaan hanya akan membayar 'tipping fees' atau bayaran untuk membuang sampah pada anggaran RM42 hingga RM200 per tan kepada kontraktor terlibat.
"Setakat ini, banyak kontraktor menawarkan diri untuk membangunkan insinerator ini. Pembinaannya mengambil masa setahun setengah ke dua tahun.
"Disebabkan pelupusan sampah menerusi insinerator akan menghasilkan tenaga elektrik dan gas, kontraktor akan meraih pendapatan melalui penjualan tenaga elektrik serta gas tersebut (kepada agensi terlibat) untuk menampung kos pembinaan loji WTE," katanya.
Tambah Zuraida, setakat ini, hanya Negeri Sembilan sedang membina insineratornya dan ia dijangka menjadi negeri pertama yang memulakan sistem pelupusan sisa pepejal baharu dalam tempoh dua tahun lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 24 2018
Antara contoh loji WTE yang terdapat di Naples, Itali. - REUTERS
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Melaka gesa pembinaan Loji Sisa ke Tenaga di Sungai Udang disegerakan
Kerajaan negeri Melaka menggesa agar pembinaan Loji Sisa ke Tenaga (WTE) atau insinerator di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang di sini dapat disegerakan kepada tahun hadapan.
Proses pengambilan tanah bina WTE di Melaka di peringkat akhir - Exco
Pembinaan insinerator itu perlu disegerakan berikutan tapak pelupusan sampah berkenaan dijangka mencapai tahap kapasiti maksimum.
Membina insinerator kunci pengurusan mampan sisa pepejal
Di Malaysia, naratif penggunaan insinerator masih berkisar pada gas toksik yang dikeluarkan ke udara; hujah yang ketinggalan zaman.
Pembinaan insinerator 'Waste-to-Energy' di tiga negeri dalam perancangan
Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menaik taraf insinerator yang sedia ada di Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.
Satu negeri satu insinerator dalam tempoh dua tahun - Zuraida
Usaha itu adalah bagi menjadikan proses pelupusan sisa pepejal lebih bersih selain menjimatkan penggunaan tanah daripada terus dibuka sebagai tapak pelupusan sampah baharu.
Isu Sungai Kilim: Kebocoran di tapak pembuangan sampah punca pencemaran
Bagaimanapun, menurut beliau, kerja pembaikan sedang giat dijalankan ditapak berkenaan.
Insinerator akan dibina di Kepong
Sebuah lagi insinerator akan dibina bagi menampung jumlah kapasiti pepejal yang semakin bertambah di negara ini.
Pembinaan insinerator di peringkat lantik juru runding
Pembinaan pusat pelupusan sampah menggunakan kaedah pembakaran, insinerator, berskala besar kini berada di peringkat melantik juru runding.