Labuan memerlukan dana yang mencukupi untuk meletakkan pulau bebas cukai ini setanding dengan destinasi pelancongan utama yang lain, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik.
Beliau berkata pegawai-pegawai kementerian dan Perbadanan Labuan termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Dr Fary Akmal Osman masih sedang berbincang mengenai keperluan dana yang mencukupi untuk pelancongan Labuan.
"Kami masih di peringkat perbincangan, masih sedang berbincang dengan CEO Perbadanan Labuan, mengenai keperluan mendapat lebih banyak lagi dana daripada Kementerian Wilayah Persekutuan kerana Labuan juga adalah Wilayah Persekutuan, dan juga dana daripada Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC).
"Kami mengharapkan lebih banyak dana untuk belanjawan tahun depan," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Public Mural and Arch Community 2019 di sini pada Ahad.
Bakhtiar berkata pulau bebas cukai itu yang juga dikenali sebagai hab kewangan Malaysia, mempunyai pantai dan pulau yang boleh menjadi tempat tarikan pelancong, namun ia memerlukan dana yang mencukupi untuk merancakkan sektor pelancongannya, termasuk bagi tujuan melaksanaan promosi dan program-program berkaitan pelancongan.
Beliau berkata program libat urus perlu diadakan antara pegawai kementeriannya dengan mereka yang terlibat dalam pelancongan tempatan dalam bidang yang ditumpukan.
"Pegawai MOTAC juga sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menyenaraikan Labuan sebagai satu daripada destinasi yang perlu dilawati sempena Tahun Melawat Malaysia 2020," katanya.
Bakhtiar berkata visa semasa ketibaan (VOA) yang diluluskan baru-baru ini untuk pelancong China dan India serta ekspatriat melalui Terminal Feri Antarabangsa Labuan merupakan sebahagian daripada usaha kementerian untuk membantu meningkatkan ketibaan dan perbelanjaan pelancong di Labuan.
Beliau berkata acara tahunan Labuan seperti pertunjukan belon udara panas dan duathlon Labuan yang telah menarik kehadiran ramai pelancong perlu dipromosikan lagi.
"Kita juga boleh memperkenalkan semula pertandingan memancing antarabangsa, dan mungkin kita boleh menganjurkan 'surfcasting', memandangkan Labuan memang dikenali dengan aktiviti memancing ikan laut dalam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 29 2019
Labuan yang juga dikenali sebagai hab kewangan Malaysia, mempunyai pantai dan pulau yang boleh dijadikan tarikan pelancong.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Dua beranak ditahan SPRM Johor kemuka tuntutan palsu hampir RM90,000
Kedua-dua lelaki itu mengemukakan tuntutan palsu berkaitan tuntutan program subsidi upah melibatkan dana kerajaan.
Kempen PRN: 'Jangan guna dana kerajaan, lawan macam anak jantan' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berharap agar amalan demokrasi tidak dicabuli sepanjang tempoh berkempen pada PRN nanti.
Pembinaan kabel dasar laut pelaburan swasta, tidak libat dana kerajaan
Pembinaan kabel dasar laut di negara ini kebanyakannya tidak melibatkan dana kerajaan, sebaliknya dilakukan oleh pihak swasta menggunakan dana sendiri.
Projek kerajaan: CEO syarikat swasta ditahan jadi orang tengah dana RM92.5 bilion
Suspek yang ditahan itu dipercayai telah menerima rasuah bagi menghubungkan antara kontraktor-kontraktor dan pihak atasan.
RM5 juta sumbangan awam, dana kerajaan negeri untuk hadapi banjir di Selangor
Hasil sumbangan dan dana itu, kerajaan negeri akan menyediakan peralatan yang diperlukan termasuk alatan telekomunikasi.
Tidak telus urus dana punca perselisihan penduduk rumah panjang - ADUN Daro
Meskipun ia berlaku di satu atau dua rumah panjang dan tidak serius, ia harus dielak sebaik mungkin.
Virus korona jejas pendapatan, dana kerajaan ditagih hartawan
Akibat tidak sanggup menanggung beban pembayaran gaji dari poket sendiri, mereka dikecam tangkai jering.
Suntikan fiskal meningkat kepada RM35 bilion - Tengku Zafrul
Suntikan tersebut akan dibiayai menerusi dana kerajaan serta pinjaman domestik.
Sektor pelancongan Labuan perlu dana
Pulau bebas cukai itu yang juga dikenali sebagai hab kewangan Malaysia, mempunyai pantai dan pulau yang boleh menjadi tempat tarikan pelancong.
Ini soalan yang belum terjawab tentang 'projek kereta nasional ketiga'
Sudah hampir seminggu projek kereta nasional ketiga diumumkan dan masih banyak soalan yang belum dijawab.