Kecemerlangan seseorang pelajar bukan diukur berdasarkan kepada jumlah 'A' yang diperoleh dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Timbalan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata walaupun keputusan SPM itu penting bagi membolehkan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, ia bukan tanda aras bagi prestasi pelajar itu pada masa akan datang.
"Apabila pelajar lepasan SPM berjaya memasuki universiti yang ada di dalam ataupun luar negara, maka prinsip permainan itu sudah berubah.
"Maknanya kita akan melihat ketika mereka di peringkat itu bukan sekadar pada kecemerlangan akademik, tetapi kecemerlangan dalam kemahiran lain yang juga diperlukan semasa mereka mencari kerja kelak," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.
Memetik laporan portal pekerjaan Jobstreet, Mohammad Shatar berkata antara permasalahan dihadapi majikan semasa memilih tenaga kerja bukan disebabkan ketidakmampuan graduan mempamerkan prestasi hebat dalam akademik, tetapi kelemahan mereka dalam kemahiran lain seperti komunikasi dan kepimpinan.
"Jadi, saya mengharapkan pelajar yang baharu mendapat keputusan SPM hari ini, jangan terperanjat dan merasakan inilah segala-galanya... jangan pula berasa kalau keputusan tidak baik maka itulah pengakhiran hidupnya," katanya.
Tambahnya, masih banyak pilihan yang boleh diambil para pelajar kerana pihak kerajaan menyediakan pelbagai platform kepada lepasan SPM seperti kolej komuniti, kolej politeknik dan institut kemahiran.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu pada Khamis berkata 8,647 daripada 434,535 atau 2.13 peratus calon SPM 2016 memperoleh semua A (A+, A, A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 9,721 calon pada tahun 2015.
Seramai 102 calon atau 1.94 peratus calon memperoleh A+ pada tahun ini berbanding 163 calon atau 2.6 peratus pada tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2017
Seramai 8,647 daripada 434,535 (2.13 peratus) calon SPM 2016 memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 9,721 calon pada tahun 2015. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Sukan Asia: Skuad paling cemerlang, bawa pulang tiga pingat emas - SRAM
Prestasi itu hampir mengulangi pencapaian pasukan skuasy negara pada temasya edisi 2010 di di Guangzhou, China.
PRN: Pencapaian terbaik PN di enam negeri - Sanusi
Pencapaian Perikatan Nasional (PN) di enam negeri pada pilihan raya negeri (PRN) menunjukkan prestasi yang baik.
Kejutan Tze Yong di Terbuka Australia
Ng Tze Yong melakar sensasi apabila menyingkirkan pemain nombor lima dunia, Jonatan Christie dari Indonesia dalam pusingan kedua Terbuka Australia pada Khamis.
Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik teruskan rentak cemerlang mara ke suku akhir
Gandingan nombor satu negara itu hanya mengambil masa 31 minit mengenepikan pasangan Perancis Lucas Corvee-Ronan Labar, 21-13, 21-18.
KPWKM, KPLB sedia peluang pendidikan untuk kanak-kanak JKM cemerlang
KPWKM dalam kenyataan berkata perkara itu dipersetujui dalam perbincangan kedua-dua kementerian berkenaan pada 8 Julai lepas.
137 pelajar Darjah Khas Agama Johor cemerlang, peroleh tujuh agregat
Seramai 137 calon Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) 2021 dari Sekolah Agama Kerajaan Johor memperoleh keputusan cemerlang dengan tujuh agregat, berbanding hanya 66 orang pada tahun sebelumnya.
UTP cemerlang semua subjek dalam QS World University Rankings
Mata pelajaran itu ialah Kejuruteraan dan Teknologi, Sains Semula Jadi serta Sains Sosial dan Pengurusan.
Pelajar UiTM raih tempat pertama di Malaysia dan dunia dalam peperiksaan ACCA
Hannah Mumtazah turut meraih tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi kertas Strategic Business Reporting dalam peperiksaan ACCA itu.
ACCA: Pelajar terbaik Malaysia bangkit selepas dua kali gagal dalam peperiksaan
Siti Naziah berkongsi kaedah pembelajaran yang diamalkan bersama rakan-rakan sehingga membolehkan mereka memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan bertaraf dunia.
Catat CGPA 3.91, pelajar ini buktikan kejayaan tidak mengenal darjat
Impiannya, mahu lihat nasib keluarga berubah, mahu bawa semuanya berhijrah, mencari kehidupan lebih bahagia dan indah.