Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewajibkan semua Ahli Lembaga Pengarah dan Pemegang Saham syarikat kawalan keselamatan untuk mengikuti Kursus Pengurusan Syarikat Kawalan Keselamatan bermula tahun ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ia adalah syarat untuk memperbaharui lesen agensi persendirian untuk tahun seterusnya.
Menurut Nurjazlan, kursus itu sudahpun dimulakan tahun ini dan Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang sudah menghadiri kursus itu tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk memperbaharui lesen mereka.
"Sepanjang tahun ini 6 siri kursus telah dijalankan dan ia membabitkan 2,300 Ahli Pengarah dan Pemegang Saham daripada 800 syarikat.
"Kursus yang dibangunkan itu adalah sebahagian tindakan KDN untuk menambahbaik kualiti industri kawalan keselamatan di negara ini," kata Nurjazlan ketika berucap pada Majlis Perjumpaan dan Taklimat Pembaharuan Lesen Agensi Persendirian untuk tahun 2016 serta Program Latihan Certified Security Guards (CSG) dengan syarikat kawalan keselamatan dan agensi persendirian di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada Selasa.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Adenan AB Rahman.
Ujarnya, sejak kebelakangan ini, timbul pelbagai masalah di kalangan syarikat kawalan keselamatan seperti penggunaan pengawal keselamatan pendatang asing tanpa izin (PATI), kesalahan senjata api dan pembabitan elemen kongsi gelap.
Pada majlis itu juga pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan syarikat yang tidak mengikuti peraturan terutamanya dalam penguatkuasaan pengawal warga asing haram akan diambil tindakan termasuk memberi amaran terakhir atau pembatalan lesen syarikat.
"Jika lesen dibatalkan, syarikat yang melanggar peraturan itu tidak akan dibenarkan untuk memohon lesen semula seumur hidup," tegas Nurjazlan.
Selain itu KDN juga menetapkan semua syarikat kawalan keselamatan di Malaysia untuk memperbaharui lesen Agensi Persendirian masing-masing sebelum 31 Disember setiap tahun.
Dania Zainuddin
Tue Oct 13 2015
NUR JAZLAN: Sepanjang tahun ini 6 siri kursus telah dijalankan dan ia membabitkan 2,300 Ahli Pengarah dan Pemegang Saham daripada 800 syarikat.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kawalan di KLIA Terminal 1 dan 2 dipertingkat dengan 4 skuter elektrik
Kawalan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2 oleh PDRM terus dipertingkatkan dengan penggunaan empat skuter elektrik.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Sungai Golok mula kering, polis Kelantan perketat kawalan sempadan
Polis Kelantan terus memperketatkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini sepanjang musim kemarau dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan susulan air Sungai Golok mulai kering.
Kawalan keselamatan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia diperketat
Sidang khas itu akan dihoskan PM Australia Anthony Albanese ketika negara itu meraikan ulang tahun ke-50 sebagai rakan luar pertama ASEAN.
Mindef teliti keperluan tambah anggota, kelengkapan keselamatan di sempadan - Mohamad
Kementerian Pertahanan akan meneliti keperluan untuk menambah anggota atau kelengkapan keselamatan bagi memperketat kawalan di kawasan sempadan.
Himpunan Selamatkan Malaysia: PDRM tingkat kawalan keselamatan
PDRM meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan sekitar ibu kota berhubung penganjuran Himpunan Aman Selamatkan Malaysia.
Rancangan naik taraf pusat kawalan operasi APMM tingkat keselamatan maritim
Rancangan menaik taraf pusat kawalan operasi dan pembinaan baharu pangkalan operasi APMM langkah penting meningkatkan keselamatan maritim.
PRN: 6,735 anggota Rela ditugaskan
Anggota Rela memainkan peranan penting bersama-sama pasukan keselamatan seperti polis dalam menjaga keselamatan.
Thailand tingkat kawalan keselamatan pelancong Malaysia
Antara langkah yang diambil termasuk pemeriksaan dan rondaan di destinasi-destinasi pelancongan utama di negara itu.
Cuaca panas: Sungai Golok makin cetek, polis perketat kawalan sempadan Malaysia-Thailand
Polis Kelantan terus memperketatkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini susulan air Sungai Golok yang mulai kering akibat kemarau dalam usaha membanteras penyeludupan.