Dua ahli parlimen yang dilantik memegang jawatan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) hari ini menyangkal dakwaan menerima gaji dan elaun tinggi bagi menggalas tanggungjawab itu.
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang dilantik Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd menganggap tohmahan itu berat dan jahat.
".. gaji pengerusi GLC RM40,000 hingga RM50,000 sebulan, sehingga kerajaan terpaksa menanggung RM20 ke RM30 juta sebulan atau setahun. Ini satu fitnah dan tohmahan yang berat dan jahat.
"Saya Pengerusi Prasarana... saya punya gaji? Saya bagitahu sekarang. Duduk, tak de (tak ada) hal. Kita amat telus. (Gaji saya) RM8,000 sahaja," katanya sebelum memulakan perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau membidas dakwaan Akmal Nasir (PH-Johor Bahru) dalam perbahasan pada sesi pagi bahawa kira-kira 50 lantikan politik dalam GLC menerima purata gaji RM50,000 tidak termasuk elaun dan kerajaan perlu menyediakan sebanyak RM25 juta setahun untuk pembayaran gaji itu.
Dalam pada itu, Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap), yang juga Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), ketika berbahas pada sesi petang turut menafikan dakwaan Akmal.
"Saya tak dak (tiada) dalam sini (dewan) pagi tadi, tapi saya nak kata, elaun pengerusi TNB RM1 juta... saya menafikanlah elaun RM1 juta. Kalau (elaun) RM1 juta, tak payah (perlu) kerja lain dah la," katanya tanpa mendedahkan gaji sebenar beliau sebagai Pengerusi TNB.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 20 2020
Dua ahli parlimen dilantik memegang jawatan pengerusi GLC hari ini menyangkal dakwaan menerima gaji dan elaun tinggi.
Pasang CCTV di tandas untuk aibkan rakan wanita, akauntan didenda RM4,500
Seorang akauntan didenda RM4,500 selepas mengaku mengaibkan kehormatan rakan sekerja wanitanya dengan memasang CCTV di tandas pejabat.
Azam Baki junjung kasih kepada Agong atas pelantikan semula sebagai KP SPRM
Azam berkata beliau akan terus memastikan amanah itu dilaksanakan sepenuhnya dan menjalankan tanggungjawab tersebut dengan penuh integriti.
Barangan mewah lebih AS$346 juta: 1MDB, 10 syarikat saman Rosmah
Kesemua syarikat itu antara lain menuntut Rosmah membayar AS$346,010,489 atau sejumlah amaun yang ditaksirkan oleh mahkamah.
Lebih tiga jam tangkap buaya tembaga 900kg
Seekor buaya tembaga berjaya ditangkap selepas tersangkut pada pukat penduduk kampung dalam kejadian di Sungai Nipah Tambisan di Felda Sahabat, pada Rabu lalu.
Pakar dari Australia dilantik pengarah teknikal NFDP, AMD
Jawatankuasa Pemandu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) mengumumkan pelantikan Oscar Francisco Gonzalez sebagai pengarah teknikal NFDP.
Azam junjung kasih kepada Sultan Ibrahim, ikrar jalan tugas dengan penuh integriti
Azam berikrar akan menjalankan amanah dan tanggungjawab tersebut dengan penuh integriti.
Bayi meninggal tersedak susu: Suami isteri berjaya peroleh penghakiman ingkar terhadap dua pengasuh
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan sepasang suami isteri mendapatkan penghakiman ingkar dalam saman terhadap dua pengasuh didakwa cuai sehingga bayi mereka meninggal dunia akibat tersedak susu.
CIMB Securities sasar pertumbuhan satu digit tinggi pasaran modal akhir 2024
CIMB Securities, anak syarikat milik penuh CIMB Investment Bank Bhd, menyasarkan pertumbuhan satu digit yang tinggi dalam bahagian pasaran modal Malaysia menjelang akhir 2024.
MOF minta orang ramai berwaspada penipuan STR, SARA
Kementerian Kewangan menasihati orang ramai agar berwaspada dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan talian rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
1,133 pegawai, anggota polis bertugas semasa PRK Kuala Kubu Baharu
Seramai 1,133 pegawai dan anggota polis akan bertugas pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), esok.
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan hari ini meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.