NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dasar Buku Negara diteliti semula bagi memastikan ia kekal relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Siasatan awal pihak polis mendapati bom petrol yang dilempar ke sebuah kedai serbaneka KK Mart di Jalan Bruseh, dekat Bidor dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki yang menaiki kereta awal pagi semalam.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan kadar keciciran murid menunjukkan trend penurunan dari tahun 2017 hingga 2023.
Tan Sri S A Vigneswaran mempertahankan jawatannya sebagai Presiden MIC buat kali ketiga berturut-turut selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding untuk penggal 2024-2027 pada pemilihan bagi jawatan tertinggi parti.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor akan mencari pendekatan dan formula terbaik bagi menambah baik kemudahan dan sistem di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri.
Kerajaan menyasarkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) mencatatkan RM367.8 bilion pelaburan direalisasi menjelang 2030 dan menjadi hab ekonomi dan teknologi bertaraf dunia menerusi tiga bidang tumpuan baharu.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah semua pihak perlu berhenti mengambil kesempatan ke atas isu sarung kaki (stoking) tertera kalimah Allah kerana perkara itu sudah dalam proses perundangan.
Sebanyak 111 kes berhubung pendedahan keracunan berkaitan rokok elektronik dan cecairnya telah dirujuk ke pusat panggilan Pusat Racun Negara (PRN) Universiti Sains Malaysia (USM) sejak 2015 hingga tahun lepas.
Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon mempertahankan barisan pemainya meskipun pasukan negara kecundang 0-2 kepada Oman dalam perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam tadi.
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami